Header Ads

ads header

Flash News

Politik ala kebinatangan (political animal)

INILAH hasil falsafah politik Niccolò Machiavelli (1469-1527), seorang tokoh ilmuan Itali yang membawa teori yang terkenal di Barat dengan ungkapannya: “The ends justify the means” (matlamat menghalalkan cara) yang disebut oleh para ulama’ Islam (الغاية تبرر الوسيلة).

Kita sedang menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang diadakan kerana mahu mencalonkan seorang yang dikatakan untuk menjadi Perdana Menteri dan telah mendapat pengampunan mengikut proses undang-undang yang menjadi pertikaian dan perbincangan hangat hari ini.

Saya terpaksa menulis dengan bahasa-bahasa sebegini kerana ingin menjaga maruah negara tercinta, kerana sangat menyentuh maruah Institusi Raja-raja, Badan Kehakiman dan sistem demokrasi yang wajib dimurnikan secara bermoral dan bermaruah.

Pertama: Konsep pengampunan. Seseorang yang membuat permohonan maaf, adatnya dia mengaku bersalah atas dosa dirinya. Kalau adab bertaubat kepada Allah Yang Maha Besar sekalipun, mestilah bersyarat mengaku berdosa, menyesal dan berazam tidak mengulangi dosanya.

Kedua: Kalau Badan Kehakiman yang salah, maka sepatutnya Badan Kehakiman yang wajib memohon pengampunan, termasuk segala cabangnya iaitu para hakim, Peguam Negara, pendakwa dan polis yang menyiasat.

Persoalannya, kita tidak tahu siapa yang dihinakan dalam kemalangan ini?

Selain itu, sistem demokrasi sangat sinonim dengan dasar dan konsep politik Islam, sekiranya dijaga adab dan akhlaknya. Barat juga ada akhlak dalam demokrasinya sehingga seburuk-buruk akhlak. Mereka juga mahukan orang yang bermoral tinggi atau lulus integritinya. 

Saya melihat amalan demokrasi di Port Dickson menunjukkan beberapa kepincangan berlaku;

Pertama: Rakyat diberi hak memilih wakil mengikut parlimen dan Dun masing-masing. Adapun Perdana Menteri dipilih untuk menjadi Ketua Kerajaan kepada semua rakyat di seluruh negara, bukan untuk satu kawasan parlimen sahaja.

Maka, sepatutnya pemilihan PM melalui proses yang sama secara serentak dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang diadakan dan diberikan kepercayaan melalui cara dia memimpin parti atau gabungannya itu dalam PRU. Bahkan, ada negara yang mengadakan pilihan raya seluruh negara untuk memilih seorang pemimpin terbesar bagi negaranya.

Kedua: PRK tidak wajar diadakan kecuali ada sebab yang munasabah berlaku selepas PRU, kerana keuzuran yang syar'ie yang memestikannya dilantik menjadi PM baru daripada kalangan yang telah dipilih dalam PRU, bukannya dengan cara memotong di tengah jalan atau dicantas di tengah dahan.
Apakah jenis demokrasi kita ini? Barat pun tidak, Timur pun tidak.

Tidakkah memalukan? Kerana catatan dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah Agama Negara.

Islam meletakkan kewajipan memimpin negara adalah satu amanah yang sangat besar daripada perkara amanah yang sangat banyak bahagian dan cabangnya, sehingga disebut secara khusus melalui firman Allah:

۞ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا (58) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا (59) ]سورة النساء: 58-59[
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya). Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (58); Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (para ulama’ yang memahami Islam dan para pemimpin yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (sunnah kebijaksanaan) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Demikian itu adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”. (59) (Surah An-Nisa': 58-59)

Dalam ayat ini, dinyatakan secara khusus berkenaan urusan memerintah dan melaksanakan hukum adalah amanah terbesar supaya berlaku adil terhadap semua manusia. Ketaatan mutlak hanyalah kepada Allah dan Rasul, ketaatan bersyarat terhadap para ulama’ dan pemimpin. Dikaitkan pula dengan beriman kepada Allah dan Hari Akhirat yang membezakan Islam dengan demokrasi barat dan teokrasi.

Demokrasi barat menjadikan suara rakyat suara keramat seperti firman Tuhan, walaupun rakyat telah ditipu atau jahil dan miskin terdesak. Adapun teokrasi pula memberi kuasa mutlak kepada agamawan, walaupun ada yang menyalahgunakan agama.

Dalam hal ini, Islam menerima demokrasi kerana rakyat juga ada hak, tetapi hendaklah dipelihara dengan adab dan akhlak, serta roh agama yang ada perhitungan dosa dan pahala. Begitu juga kalangan agamawan juga wajib beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.

Maka langkah murni demokrasi itu akan berlaku sekiranya berpandukan Islam, bukan berpandukan teori pemisahan politik daripada agama (sekularisme) atau teori matlamat menghalalkan apa sahaja caranya.

Apabila perkara memimpin negara adalah amanah yang terbesar. Maka, Rasulullah S.A.W. mentafsirkannya kepada umat Islam bahawa jangan memilih pemimpin yang gelojoh dan mahukan jawatan atau yang fasiq seperti berbohong dan lain-lain.

Allah berfirman:
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا (74) ]سورة الفرقان: 74[
“Dan juga mereka (yang diredhai dan dirahmati Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami pemimpin ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Al-Furqan: 74)

Rasulullah S.A.W. juga menolak orang yang gelojoh mahu menjadi pemimpin. Sabdanya:
إنا والله لا نولي على هذا العمل أحدا سأله ولا أحدا حرص عليه (متفق عليه)
“Demi Allah aku tidak melantik tugas ini kepada seorang yang meminta atau seorang yang terlalu rakus mahukan jawatan ini”. (Muttafaq ‘Alaih)

Sabda Rasulullah S.A.W. kepada sahabatnya Abdul Rahman bin Samurah R.A.:
يا عبدَ الرحمن بنَ سمرة، لا تسأل الإمارة؛ فإنكَ إنْ أُوتِيتَهَا عن مسألة وُكِلْتَ إليها، وإنْ أوتيتَها من غير مسألة أُعِنْتَ عليها. (متفق عليه)
“Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah meminta jawatan untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kamu dilantik dengan sebab memintanya, nescaya dibebankan kepadamu (tanpa pertolongan Allah). Jika dilantik bukan dengan sebab kamu memintanya, nescaya diberi pertolongan (Allah) kepada kamu”. (Muttafaq ‘Alaih)

Terdapat banyak nas secara berulang kali yang melarang kita mengikuti atau memilih pemimpin yang fasiq. Di antara tanda fasiq itu ialah perangai berbohong dan perkara-perkara lain yang menunjukkan tiada maruah atau jati diri. Di manakah kita dalam meletakkan pesanan Rasulullah S.A.W.?

Seluruh dunia kini sedang menyaksikan kesilapan rakyat Amerika yang dianggap paling maju demokrasinya, menyebabkan mereka terpaksa merasa malu terhadap seluruh dunia. Sehingga sudah ramai pula yang meletak jawatan.

Buah salak buah kedondong,
Dipungut diletak ke dalam baldi,
Bukan salah ibu mengandung,
Tetapi salah memangkah undi.

Janganlah kita menjadi sebab berlakunya Hari Kiamat kerana salah memilih pemimpin.
Saksikan Ya Allah! Bahawa saya telah menyampaikan.

“Islam Memimpin”


ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 8 Oktober 2018 / 28 Muharam 1440

MR : Dr Muhaimin Sulam pimpinan parti Amanah menulis di Malaysiakini mengatakan "Ada Wajah UMNO pada PAS" atas fakta Presiden PAS dalam muktamarnya berpantun...Boleh gelak bila baca artikel ini ada pantun juga mesti artikel ini berwajah UMNO ....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

3 ulasan:

  1. Yang pork barrel tu memang confirm lah dapigs

    BalasPadam
  2. Agenda kafir berjaya untuk memburukkan imej ulama yg menjadi benteng akhir umat Islam di akhir zaman. Dengan mempergunakan org Islam sendiri, imej ulama menjadi hina di mata mereka dan pantang ada isu dan tak ada isu pun nesacaya susuk tubuh ulama ini sentiasa dikeji dan dihina. Betul kata TG Hj Hadi, dia tak kisab apa yg org nk kata sbb semuanya akan kembali ke tanah.

    BalasPadam
  3. Pakatan syiah-liberal-kafir harbi menganut ideologi “The ends justify the means” (matlamat menghalalkan cara) dengan mencipta pelbagai fitnah dan janji palsu untuk menipu rakyat supaya rakyat menyokong mereka dan membenci parti lawan seperti parti Islam dll dalam PRU dll.

    BalasPadam