Rafizi menang tipis di Pahang
Rafizi Ramli menang pengundi di Pahang dalam persaingannya dengan penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berdasarkan keputusan tidak rasmi.
Rafizi dikatakan mendapat 2,383 undi mengalahkan Azmin yang memperolehi 2,298 undi.
Jika keputusan ini tepat, undi Azmin yang mendahului Rafizi secara keseluruhan akan berkurangan menjadi 92 undi.
Pemilihan PKR diteruskan esok di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.
Kemudian, pengundian bersambung semula pada 14 Oktober di Selangor.
Keputusan yang dikeluarkan setakat ini belum lagi muktamad.
Keputusan rasmi hanya akan diumumkan pada kongres PKR yang dijangka diadakan pada November depan.
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
IKLAN BERBAYAR :


Tiada ulasan