Header Ads

ads header

Flash News

Rupanya banyak lagi perkhidmatan e-hailing yang kita tak tahu


Baru-baru ini, sekumpulan pemandu teksi dari Lembah Klang mengadakan protes di Putrajaya bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pemandu e-hailing.

Menariknya ia juga mendedahkan para netizen dengan puluhan jenis perkhidmatan e-hailing yang terdapat di negara ini selain Grabcar yang menjadi kelaziman.

Dalam protes tersebut, para pemandu membawa kain rentang dan poster yang tertulis senarai perkhidmatan e-hailing, namun FMT Ohsem akan memetik 7 perkhidmatan yang popular atau mudah didapati di dalam aplikasi pintar.

Mari kita lihat satu per satu tawaran syarikat e-hailing ini. Mana tahu, selepas ini anda mungkin boleh muat turun dan bandingkan harga serta taraf perkhidmatan syarikat yang memberi anda kelebihan serta nilai untuk wang.



1. Jom Rides
Applikasi Jom Rides merupakan syarikat yang dimulakan di Malaysia dan dikatakan beroperasi seperti konsep MLM di mana platform tersebut perlu merekrut lebih ramai pemandu supaya aktif.
Walaupun terdapat pelbagai reaksi yang dikongsi oleh pengguna termasuk tidak dapat melihat kadar harga yang dikenakan sebelum membuat tempahan ia masih menjadi salah satu perkhidmatan e-hailing pilihan.

2. Mula
Satu lagi aplikasi yang kelihatan menjanjikan perkhidmatan yang memuaskan. Bermula sebagai khidmat untuk pemandu, kini ia dibuka kepada semua pemandu yang mempunyai kereta sendiri. Ia meliputi kawasan sekitar Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan KLIA. Menariknya ia juga menawarkan butang SOS sebagai sokongan kecemasan kepada pelanggan.

3. Riding Pink
Riding Pink, dari wanita untuk wanita bagi menawarkan peluang ekonomi dan dalam masa sama perkhidmatan e-hailing yang selamat dan mesra kaum Hawa. Walaupun Riding Pink tidak mempunyai aplikasi telefon pintar, ia bagaimanapun berfungsi dengan membuat pendaftaran tempahan awal. Harap-harap adalah aplikasi telefon pada masa hadapan.



4. Dacsee
Dacsee dikatakan menggunakan pendekatan unik dengan mengambil konsep desentralisasi yang dibawa oleh matawang kripto iaitu Ethereum. Tak tahu bertapa ia berjaya tetapi daripada review di Android, perkhidmatan ini didapati menawarkan harga yang jauh lebih murah dari yang lain. Ia dikatakan hanya mengenakan sekitar 2% komisen berbanding 20% yang lazimnya dikenakan oleh perkhidmatan e-hailing.

5. My Car
Antara tawaran e-hailing yang terbesar di Malaysia, ia juga menggunakan model yang sama seperti Uber dan Grab. Pengguna boleh mengesan kedudukan pemandu dan harga yang ditawarkan terlebih dahulu. Paling penting, tiada surcaj untuk kesesakan dan harganya tetap.

6. DIFF
Seunik namanya, aplikasi ini masih baharu di pasaran. Hanya ditawarkan di sekitar Lembah Klang, menyediakan perkhidmatan semurah RM5 sehari dan tanpa mengambil sebarang komisen sebagai tawaran promosi pembukaan. Pelayaran di laman Facebook DIFF mendapati masih ramai yang tidak pasti dengan operasinya kerana lazim gagal mendapatkan pemandu.

7. FRENZT
Ia bermula dengan idea untuk menawarkan perkhidmatan e-hailing menyasarkan golongan pelajar dengan menghantar mereka atau barangan mereka ke destinasi. Masih baharu, jadi aplikasi ini juga menawarkan pelbagai promosi dan tawaran dengan ‘dompet kredit percuma’ bernilai RM5. Nampaknya, masih ada aduan mengenai perkhidmatannya termasuk kegagalan mengesan lokasi sewaktu pendaftaran.

Oleh kerana kebanyakan perkhidmatan e-hailing yang disebut di atas masih baharu, maka ia pasti akan mengambil masa untuk disesuaikan dengan keperluan semasa. Apapun, eloklah kita dapat tahu rupanya ada berpuluh-puluh perkhidmatan e-hailing yang mempunyai sasaran serta fokus unik tersendiri yang boleh dicuba.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. belum dapat kuasa ... pura2 pro pengguna

    selepas dapat kuasa ... pro bisnes, pengguna nombor dua

    sekali kena hancing tak apa

    jangan sampai di hancing 2x.

    BalasPadam
  2. Kita kena pastikan lesen PH memerintah cuma 5 tahun sahaja atau pengurusi nya kojol mana satu yang awal.

    BalasPadam