Header Ads

ads header

Flash News

Sama seperti kes Anwar, Mahathir kata tindakan kepada Rosmah bukan balas dendam


PUTRAJAYA: Penahanan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam adalah mengikut lunas undang-undang dan tiada kaitan dengan balas dendam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, tiada individu yang lebih tinggi daripada undang-undang dan tindakan akan diambil jika melanggarnya.

“Ia tiada kaitan langsung dengan balas dendam, undang-undang menyatakan sekiranya anda mengambil atau mencuri duit, anda akan didakwa di mahkamah.

“Sama ada mahkamah bersetuju atau tidak, itu perkara yang berasingan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pengurusan Bencana ke-3 di sini hari ini.

Semalam anak perempuan Rosmah, Nooryana Najwa, tidak dapat menahan kesedihan apabila ibunya ditahan SPRM.

Nooryana meluahkan apa yang terbuku di hatinya melalui satu paparan Instagram bersama sekeping gambar dengan ibunya.

Katanya, selepas apa yang berlaku terhadap bapanya, Datuk Seri Najib Razak, terlalu sedih untuk ditangisi dan terlalu geram untuk menjerit terhadap apa yang berlaku terhadap ibunya.


MR : Selepas ni Mahathir akan kata bukan sahaja penjarakan Rosmah, mahkamah... skrip yang sudah bocor....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Sejak mula dia berkata di depan TV, Anwar tumbuk mukanya sendiri, aku dah tak percaya apa saja yg di cakap.

    BalasPadam