Header Ads

ads header

Flash News

Satu Lagi Sejarah Bakal Tercipta Jumaat Ini


Sebagaimana yang dilaporkan media, Presiden UMNO,  Zahid Hamidi telah diberi notis supaya hadir pejabat SPRM Putrajaya esok, jam 3.00 petang untuk soal siasat seterusnya terhadap kes melibatkan dirinya.

Dipercayai soal siasat kali keenam ini akan disusuli dengan pendakwaan di mahkamah pada pagi Jumaat.

Zahid Hamidi disiasat SPRM berkaitan penyalahgunaan dana Yayasan Akal Budi untuk membayar kad kredit peribadi dan isterinya, selain tentang pertemuannya dengan waris keluarga Diraja Arab Saudi yang dikatakan menderma RM2.6 bilion kepada Najib Razak.

Ini bermakna, Zahid Hamidi bakal bermalam di lokap SPRM pada malam esok di mana dari situ beliau akan terus dibawa ke mahkamah untuk proses pendakwaan.

Jika benar seperti apa yang dilaporkan itu, bermakna Zahid Hamidi menjadi Presiden UMNO yang pertama dalam sejarah 72 tahun parti itu yang pernah ditahan dilokap SPRM dan seterusnya didakwa di mahkamah.

Perghhh...ini benar-benar suatu catatan sejarah ‘gemilang’ sepanjang kewujudan UMNO sejak tahun 1946.

Apakah Zahid Hamidi rela nama UMNO tercemar atas pendakwaan terhadap dirinya atau beliau akan meletakkan jawatan sebelum didakwa di mahkamah Jumaat ini untuk mengelakkan nama UMNO terkait sama dengan kes yang melibatkan dirinya?

Sebelum ini, Najib Razak telah pun lebih dulu mencipta sejarah sebagai bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO yang pertama pernah didakwa di mahkamah.

Rosmah Mansor pula mencipta sejarah sebagai isteri bekas Perdana Menteri pertama yang pernah didakwa di mahkamah.

Najib dan Rosmah sehingga ini sudah dihadapkan dengan 49 pertuduhan di mahkamah dan dipercayai lebih banyak pertuduhan lagi bakal menanti mereka berdua.

Bagaimanapun, oleh kerana Najib bukan lagi sebagai Perdana Menteri serta sudah melepaskan jawatan Presiden UMNO ketika didakwa di mahkamah, nama parti itu tidaklah begitu tercemar berbanding kedudukan Zahid Hamidi yang masih memegang jawatan Presiden UMNO ketika kesnya dijangka disebut di mahkamah pada Jumaat ini.

Apa pilihan Zahid Hamidi?


MR : Dulu semasa UMNO diharamkan PAS parti Melayu terbesar tak ambil peluang. Kali ini UMNO nak mampus kalau PAS tak ambil peluang juga apa saya nak kata....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. letak jawatan lebeh baik kasi lain orang yang lebeh layak kamu pon sajauh ini tak ada menunjuk kebolehan memimpin umno diparliment tak menyerlah

    BalasPadam