Header Ads

ads header

Flash News

Saya tak pernah minta maaf pada Anwar kata Mahathir


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pemecatan bekas timbalannya itu pada 1998.

Menurut Dr Mahathir, isu pertuduhan lalu terhadap Anwar tidak pun dibangkitkan semasa mereka bekerjasama pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Sebaliknya, kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu dalam wawancara BBC, tumpuan mereka hanyalah untuk menyingkirkan perdana menteri yang lalu.

Malah, Dr Mahathir turut menafikan apabila penemubual BBC membaca petikan temu bual Anwar yang menyifatkan beliau mengakui kesalahannya dan mahu membaikinya.

“Saya tak pernah minta maaf dengan dia (Anwar), orang lain yang kata kerana mereka mahu saya memohon maaf. Tetapi saya tidak pernah memohon maaf secara rasmi kepadanya,” katanya.

Ketika disoal sama ada beliau menyesal dan rasa bersalah atas nasib yang menimpa Anwar, Dr Mahathir berkata dia tidak boleh dipertanggungjawabkan atas keputusan yang dijatuhkan oleh mahkamah.

“Saya rasa kesal dia perlu ke penjara. Saya kasihan terhadap orang yang melakukan sesuatu dan dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah," katanya.

Pada 1998, Dr Mahathir memecat Anwar selaku timbalannya atas dakwaan salah laku seksual. Mahkamah kemudian mendapati Anwar kbersalah atas kesalahan liwat dan salah guna kuasa.

Anwar bagaimanapun mendakwa tuduhan ke atasnya bermotifkan politik dan sengaja direka oleh Dr Mahathir.

Mac lalu, dalam satu temu bual eksklusif bersama Sin Chew Daily, Dr Mahathir berkata bahawa jika beliau dapat mengundurkan masa, beliau mungkin tidak akan memecat Anwar.

Katanya, dia telah melakukan keputusan yang salah dengan terlalu mengikut undang-undang.

“Daripada segi politik, saya tak akan melakukannya. Semasa saya perdana menteri, saya berjanji yang saya tak akan buat perkara yang boleh membuatkan orang benci pada saya,” katanya.


MR : Kenyataan Mahathir dalam temubual ketika Anwar bergelut untuk laluan menjadi penganti PM suatu yang aneh... Mahathir juga nampak cuba berbelit....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. hebat betul putar alam atok memang atok Legend

    BalasPadam
  2. Korang persan tak , sejak si Tua Kutuk ni memerintah , pekerja kerajaan semua dah tak mesra macam dahulu. Waktu Najib dahulu kerani jabatan kerajaan memang baik budi bahasa dan berhemah. Sekarang teruk sebab ikut perangai Cina kafir.

    Memang siapa undi PH memang bodoh. Rasakan kamu akibat percayakan fitnah.

    BalasPadam