Header Ads

ads header

Flash News

‘Saya tak suka bengkok, saya suka lurus', sindir Najib


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak secara peribadi tidak suka dengan rekaan jambatan yang bengok, mengatakan ia menelan belanja yang tinggi dan tidak menyelesaikan kesesakan lalu lintas.

Bekas perdana menteri berkata dia lebih menggemari rekaan yang lurus.

“Pertamanya, saya tak suka bengkok, saya suka lurus. Kalau nak buat jambatan buatlah lurus kerana kalau bengkok sambung dengan tambak sedia ada memang tak masuk akal,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) yang dibentangkan perdana menteri minggu lalu.

Najib berkata idea jambatan menggantikan tambak Johor, yang dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1996, tidak dapat diteruskan kerana tidak mendapat persetujuan Singapura.

“Saya nak buat jambatan lurus sebab lagi jimat dan reka bentuk agak indah. Bukan saya tentang tapi fikir ada cara dan kaedah lebih sesuai,” katanya.

Perbincangan mengenai projek jambatan baharu menggantikan Tambak Johor yang digunakan sejak 1923 diadakan sejak 1997 namun menemui jalan buntu sehinggalah ia dibatalkan pada 2006 oleh pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian pada 16 Oktober lalu berkata idea jambatan bengkok kini dalam perancangan semula.

Putrajaya mengalu-alukan cadangan daripada kerajaan negeri itu namun mengatakan ia bukan keutamaan ketika ini.

Ia digelar jambatan bengkok kerana jambatan itu direka untuk melengkung dalam perairan negara sebelum bertemu dengan bahagian tambak di Singapura.

Perobohan tambak dalam perairan negara dijangka membolehkan kapal dagang melalui Selat Tebrau dan merancakkan industri di Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang, dan melancarkan aliran air di Selat Tebrau.






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. cakap yang sangat bernas teruskan cakap selagi boleh

    BalasPadam
  2. menusuk kat kalbu Tun bersabar saja Tun lambat betul rasa case nak habis

    BalasPadam
  3. Org yg bengkok mmg suka benngkok

    BalasPadam