Header Ads

ads header

Flash News

Suhakam bantah perlantikan Azhar kerana bercanggah janji PH


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengalu-alukan pelantikan Azhar Harun sebagai pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu.

Bagaimanapun, pengerusinya Tan Sri Razali Ismail menyuarakan pertikaiannya terhadap pelantikan itu yang didakwanya bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN). 


"Menjadi tanggungjawab Suhakam untuk mengingatkan bahawa pelantikan Azhar tidak selari dengan janji pilihan raya kerajaan HARAPAN yang menyatakan pelantikan jawatan itu sepatutnya dilakukan melalui parlimen demi memastikan ketelusannya," katanya dalam satu kenyataaan hari ini.

Bagi mereka yang mempertahankan pelantikan Azhar pula, mereka berhujah bahawa rancangan asal HARAPAN untuk melantik ketua institusi-institusi utama melalui parlimen tidak dapat dilakukan melainkan dengan meminda perlembagaan.

Walaupun begitu, Razali berkata Suhakam tetap bersedia membantu SPR dalam mengembalikan integriti proses pilihan raya dan keyakinan rakyat terhadap institusi tersebut.

"Nasihat Suhakam adalah supaya SPR dapat segera menangani pelbagai isu yang telah mencacatkan proses pilihan raya yang sepatutnya berjalan bebas dan adil, terutamanya persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dipersoalkan banyak pihak.

"Suhakam juga menasihati SPR agar dapat memartabatkan semula prinsip kebebasan, ketelusan, integriti, kecekapan dan keadilan, yang mana gagal dilakukan oleh SPR yang terdahulu," katanya.

Dalam kenyataan berasingan, Azhari berkata bahawa SPR kini sudah tidak mempunyai kuasa untuk menghukum atau menyiasat sebarang kesalahan pilihan raya, justeru beliau menggesa orang awam untuk melaporkan kepada polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


MR : Rakyat bodoh setiap kali PRK bagi PH menang, maka naik tocanglah PH membelakangi manifeto mereka.. Salah siapa salah rakyat yang bodoh undi PH....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Janji tu HANYA SAH masa sebelum PR14 sahaja!!!!

    Selepas itu ... SUKA HATI AKU LAAAA !!!

    BalasPadam