Header Ads

ads header

Flash News

Syed Saddiq sokong bina semula jambatan bengkok


PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga ahli Parlimen dari Johor menyokong cadangan meneruskan semula projek pembinaan jambatan bengkok di Johor, yang diilhamkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum bersara pada 2003.

"Saya teruja untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut,” kata Ahli Parlimen Muar itu berhubung kenyataan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian yang dilaporkan berkata Dr Mahathir bersetuju dengan cadangan itu jika kerajaan Johor hendak meneruskan projek berkenaan.

Jambatan bengkok atau Jambatan Indah adalah projek jambatan sepanjang 1.4 kilometer bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang digunakan sejak 1923.

Idea pembinaan jambatan bengkok tercetus kerana Singapura tidak mahu mengubah Tambak Johor yang menjadi struktur penghubung di sempadan negaranya.

Ditanya sama ada projek itu sesuai dilaksanakan ketika ini, Syed Saddiq berkata : "Saya menyokong keputusan Perdana Menteri dan melihat ke depan untuk membincangkan mengenainya dalam mesyuarat Kabinet."

Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyerahan tajaan dan memperkenalkan kontinjen Malaysia bagi Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) ke-45/2018 di sini hari ini.- Bernama



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

Tiada ulasan