Header Ads

ads header

Flash News

Tiada penjawat awam Kelantan disiasat SPRM


KOTA BHARU: Anggota perkhidmatan awam di Kelantan memberi komitmen meneruskan khidmat kepada kerajaan negeri biar pun berdepan dengan pelbagai halangan dan cabaran.

Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Kelantan, Dato’ Zamri Ismail berkata, jumlah anggota perkhidmatan awam kira-kira 10,000 di negeri tersebut meneruskan paksi seperti digaris kerajaan negeri di bawah dasar Membangun Bersama Islam (MBI).

Katanya, jumlah penjawat awam itu merangkumi jabatan, agensi dan pihak berkuasa tempatan sentiasa mempamerkan kesungguhan mereka merealisasikan hasrat kerajaan negeri.

“Usaha itu terbukti apabila kerajaan negeri menerima anugerah bintang daripada kerajaan pusat di atas kecemerlangan yang dicapai dalam bidang tertentu.

“Begitu juga sehingga sekarang belum ada penjawat awam negeri yang dikenakan tindakan di bawah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia,” katanya pada sambutan ulangtahun ke-28 dasar Membangun Bersama Islam di Dataran Warisan di sini, hari ini.

Sambutan itu dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob. Hadir sama pimpinan kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

Zamri yang berucap mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nazran Muhammad yang tidak dapat hadir berkata, sekiranya diberi ruang penjawat awam mampu menunjukkan kebolehan mereka. – HARAKAHDAILY 20/10/2018

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. moga semua pejawat awam bawah pentakbir kerajaan pas istiqamah dalam melawani rintangan rintangan gejala gejala tak sihat sayugia dingatkan shaitan sentiasa mencari luang menggoda oleh itu bagi kerajaan pas jangan mendabik dada Selamat berjuang pas moga sentiasa dilindungi oleh Allah.

    BalasPadam
  2. Saya Kehilangan banyak uang waktu untuk perusahaan pinjaman palsu mencoba untuk mendapatkan pinjaman. tetapi itu tidak terjadi lagi.

    Yah, saya melihat komentar di blog oleh Marianne Low yang memberi kesaksian tentang mendapatkan pinjaman dari seorang ibu Susan bowman, yang saya pikir menjadi salah satu perusahaan palsu ini. Kemudian saya memutuskan untuk menghubungi dia dan mencobanya lagi .... Yang sangat mengejutkan saya setelah mengikuti semua prosedur yang diberikan kepada saya oleh ibu Susan. Kemudian dia meyakinkan saya bahwa saya akan dibiayai oleh bank langsung dari Indonesia yang harus saya pegang. Saya menunggu sampai pinjaman saya diproses dan disetujui dan kemudian saya mendapatkan pinjaman saya saya mengajukan permohonan untuk langsung ke rekening bank saya tanpa biaya tambahan ... Semoga Allah memberkati ibu Susan untuk pekerjaan luar biasa yang dia lakukan ..... Sebagian besar teman saya yang membutuhkan pinjaman juga diterapkan dan mereka mendapat pinjaman juga ....

    Anda dapat menghubungi ibu Susan bowman dengan email ini (Susanbowmanloancompany@gmail.com)
    Juga di whatsapp +18597771805
    untuk pinjamanmu sendiri dia tidak menipuku

    Dan jika Anda juga dapat menghubungi saya di email ini jika Anda takut: aelok36@gmail.com

    BalasPadam