Header Ads

ads header

Flash News

Timbalan pengerusi biro buruh DAP dipecat



DAP memecat timbalan pengerusi biro buruhnya Amran Ahmad Nor selepas beliau menyerang parti sendiri bermula beberapa hari menjelang pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Anak bekas naib pengerusi DAP Ahmad Nor mengumumkan perkara itu di Facebook beliau dengan memuat naik salinan surat pemecatan.

Surat bertarikh 15 Oktober itu ditandatangani oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Ching Cheng Jen.

Pemecatan itu berkuat kuasa serta merta. Bagaimanapun Amran dibenarkan merayu dalam tempoh 14 hari.

Dalam kenyataannya hari ini, Amran berkata beliau menerima keputusan itu dengan lapang dada.

Amran bagaimanapun berkata tidak akan merayu kerana berpendapat DAP telah berubah hala tuju dan dasar perjuangan.
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

2 ulasan:

  1. Wahai Melayu/Islam....Xperlu masuk DAP untuk tunjukkan awak non-racist..

    BalasPadam