Header Ads

ads header

Flash News

Tindakan Guan Eng dedah surat rasmi kerajaan adalah perbuatan tidak bermoral


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menyifatkan tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan surat rasmi kerajaan Kelantan yang memohon bantuan kewangan dengan Kerajaan Persekutuan, sebagai tidak elok dan melanggar nilai moral.

“Daripada segi amalan dan akhlak atau moral, tidak elok buat begitu. Kita pun tak dedah rahsia dia (Guan Eng),” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila di sini, hari ini.

Pada masa sama, Abdul Hadi juga berkata, beliau percaya kekerapan Kelantan ‘diserang’ DAP adalah kerana kecemerlangan PAS mentadbir negeri itu.

“Itu kerana Kelantan baik… kalau kita baik, dia seranglah,” katanya.

Kelmarin, Guan Eng menunjukkan bukti hitam putih surat rasmi kerajaan Kelantan memohon bantuan kewangan kepada kerajaan pusat selepas kecewa apabila dikritik teruk kepimpinan PAS.

Berdasarkan surat tersebut, Guan Eng mendedahkan bahawa kerajaan Kelantan memohon wang pendahuluan daripada kerajaan pusat sebanyak RM97 juta pada Jun bagi menampung kekurangan tunai disebabkan perbelanjaan luar jangka.

Terdahulu, Guan Eng membuat kenyataan mendakwa kerajaan Kelantan tidak mampu membayar gaji kakitangan awam di Dewan Rakyat pada Selasa lalu namun dikecam kepimpinan PAS.

MR : Apa nak hairan dah banyak perbuatan PH yang tak bermoral....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Budaya mendedah itu dan ini kalau nak diamalkan bakal menjadikan semua perkara telus dan tembus. Ia haruslah diperluaskan dan disama ratakan dan usah berpilih2. Itu tidak akan berlaku. Contoh jelas ialah Suruhanjaya Syarikat yang sebelum ini telus dan tembus tapi sekarang ini kelam dan kalis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. LGE berjaya tenggelamkan isu tanah runtuh yang mengakibatkan kematian. Semua orang terheret untuk lupakan terus kerakusan pembangunan lereng bukit di Pualau Pinang

      Padam
  2. Bagus kalau nak dedah.. dedah semua.. kalau pasal hutang tunjuk semua yang berhutang. Termasuk hutang royalti petronas yang kerajaan tahan pada kelantan. Ikutkan royalti minyak yang di tahan , Kerajaan berhutang dengan kelantan berkali2 ganda

    BalasPadam