Header Ads

ads header

Flash News

Tuduhan pecah amanah bekas ketua perisik tiada kaitan 1MDB



Dana berjumlah AS$12 juta yang dikaitkan dengan bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Ab Hamid langsung tidak berkaitan dengan 1MDB, kata Datuk Shaharudin Ali.

Menurut peguam bela Hasanah itu ramai orang terkeliru dengan perbicaraan tersebut dengan menganggap ia melibatkan wang firma pelaburan milik penuh kerajaan, 1MDB.

“Ia langsung tiada kaitan dengan 1MDB, hutang-hutang 1MDB, atau anak-anak syarikat 1MDB,” katanya kepada pemberita di depan bangunan mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Hasanah hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang bernilai AS$12.1 juta (RM50.5 juta).

Bekas pegawai kanan yang berkhidmat dengan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 30 Apr dan 9 Mei 2018.

Berdasarkan kertas pertuduhan Hasanah - sebagai penjawat awam - diamanahkan penguasaan harta berbentuk wang bernilai AS$12.1 juta milik kerajaan Malaysia namun melakukan pecah amanah.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang menyediakan hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, dan boleh didenda juga.
Read more at https://www.kinitv.com/channel/74#pshsVEHba6hyROVP.99

MR : PH memang sengaja nak keliru rakyat untuk lari daripada isu mereka tak dapat menunai janji....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Akauntabiliti adalah diperlukan bukan saja di sini bahkan dalam kes 114 juta yang dirampas oleh pihak berkuasa dari premis yang terkait dengan mantan Presiden Umno sekiranya tidak disertai dengan akautabiliti dan tidak ikut SOP di pihak berkuasa, apa saja spekulasi boleh timbul susulan dari kes berkenaan. Antaranya, umum mula beranggapan beberapa juta mungkin di'cukai' yakni jumlah sebenar bukannya 114 juta tetapi mungkin lebih dari itu.

    BalasPadam