Header Ads

ads header

Flash News

UMMAH Kedah Mohon Pendana Menteri Tukar Menteri Agama


Alor Setar, 26 Muharram 1440 – UMMAH Kedah terkejut apabila Menteri Agama, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mengeluarkan kenyataan bahawa “Tiada lagi ketukan pintu tengah malam cegah khalwat” seperti dilaporkan oleh Sinar Harian Online hari ini.

Pengerusi UMMAH Kedah, Ustaz Noor Hakimi Ab Halim berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa itu sungguh mengejutkan, sekaligus boleh ditafsir sebagai pendirian kerajaan baru PH yang tidak konsisten dalam pencegahan perlakuan maksiat melibatkan umat Islam di negara ini.

“Pendirian menteri Agama yang mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh orang Islam di sebalik pintu yang tertutup adalah bukan urusan kerajaan sesuatu yang menjengkelkan serta menggalakkan kegiatan maksiat dilakukan dengan berleluasa, katanya.

Noor Hakimi berkata, UMMAH Kedah sungguh terkilan dengan kenyataan, sekaligus pendirian menteri Agama tersebut, bahkan tanpa rasa bersalah beliau beranggapan bahawa pendiriannya tersebut sebagai suatu pembaharuan dalam pentadbiran agama Islam yang akan dilaksanakan di negara ini.

“Apakah ia suatu “pembaharuan” yang positif,  jika ia memberi kesan gejala maksiat boleh berlaku dengan berleluasa di negara ini, soal Ustaz Noor Hakimi.

Tindakan beliau mempertikaikan kaedah penguatkuasaan khalwat telah disalahgunakan dan dieksplotasi (merujuk kepada kes tertentu), menjadi alasan bahawa beliau membatalkan pencegahan maksiat tersebbut adalah amat menjengkelkan, tegasnya.

Sesungguhnya, pendirian beliau sebagai suatu mesej untuk mengecilkan peranan Majlis Agama dalam membanteras gejala maksiat di masa depan, sekaligus ia secara langsung menggalakkan maksiat berlaku tanpa sebarang tindakan di masa depan.

UMMAH Kedah menyelar pendirian menteri tersebut, sekaligus melihat beliau tidak layak untuk memegang  jawatan tersebut. Melalui pemerhatian UMMAH Kedah, sejak beliau memegang potfolia menteri hal ehwal agama di Jabatan Perdana Menteri pelbagai tindakan maupun kenyataannya yang membuka ruang kepada golongan seperti Islam liberal, LGBT dan badan-badan bukan kerajaan yang anti Islam tampil bertindak mempertikaikan kedudukan dan pejalanan pentadbiran Islam di negara ini.

Justeru, UMMAH Kedah menyarankan Perdana Menteri menggantikan kedudukan beliau kepada ahli parlimen lain, demi memastian kedaulatan Islam maupun pejalanan pentadbiran Islam di negara ini berada di landasan yang betul dan terjamin.

“Dr Mujahid bukanlah individu yang layak menjawat sebagai menteri Agama, kerana ia boleh menggugat kedaulatan dan kedudukan Islam di Malaysia, ujar Ustaz Noor Hakimi lagi.


MR : Mintalah DAP yang tukar, kalau DAP tak setuju tak tukarnya....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Atok juga yang melantik dan menyokong kenyataan mujahat ni tapi atas persetujuan lim kit malam tu

    BalasPadam