Header Ads

ads header

Flash News

Umno tidak halang ahli mengundi dalam PRK PD, kata Mohamad Hasan


PETALING JAYA: Umno hari ini menegaskan ia tidak menghalang ahli parti itu untuk mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson yang akan berlangsung Sabtu ini.

Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tidak ada arahan oleh parti itu untuk memboikot pengundian PRK Port Dickson.

“Memang kita tak keluar apa-apa arahan pun,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Sebelum ini, Barisan Nasional (BN) mengumumkan tidak akan bertanding PRK Port Dickson menentang Anwar.

Namun begitu, Mohamad berkata mengundi adalah hak individu.

“Siapa nak turun mengundi atau tak turun mengundi itu terpulang kepada masing-masing,” katanya.

Hak pengundi

Sementara itu Setiausaha Agung Tan Sri Annuar Musa berkata Ketua Bahagian Port Dickson Mohd Faizal Ramli tidak melanggar sebarang arahan parti.

Terdahulu Faizal menggesa pengundi Melayu, khususnya 13,000 anggota parti itu untuk keluar mengundi pada 13 Oktober ini.

Annuar berkata Faizal sekadar menyeru pengundi turun mengundi dan bukannya mengajak pengundi memilih mana-mana parti.

“Kita boikot dari segi tidak meletakkan calon, kita bukan boikot mengundi dan mengundi itu adalah hak pengundi-pengundi berdaftar dan parti tidak ada kuasa untuk halang hak pengundi-pengundi,” katanya.

Beliau berkata tindakan Faisal selaras dengan pendirian BN yang tidak menghalang pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Pengundi-pengundi juga boleh memilih serta mengundi calon yang mereka suka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PRK Port Dickson akan diadakan Sabtu ini susulan peletakan jawatan penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk memberi laluan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen.

Danyal, bekas pegawai tentera laut, memenangi kerusi tersebut dalam pilihan raya umum 9 Mei lalu setelah mendapat 36,255 undi mengalahkan calon BN Datuk VS Morgan yang memperoleh 18,515 undi dan calon PAS Mahfuz Roslan (6,594).

PRK Port Dickson menyaksikan pertandingan 7 penjuru membabitkan Anwar yang mewakili Pakatan Harapan; calon PAS Let Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar; bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (Bebas); Mohd Saiful Bukhari Azlan (Bebas); Lau Seck Yan (Bebas); Chan Keng Leong (Bebas); dan Kan Chee Yuen (Bebas).

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

IKLAN BERBAYAR :

1 ulasan:

  1. Saya menyeru semua anggota tentera dan bekas anggota tentera menyokong dan mengundi Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dalam PRK Port Dickson kerana beliau wajar dipilih mewakili suara warga ATM.

    SUNRAY

    BalasPadam