Header Ads

ads header

Flash News

Untuk pastikan UMNO terus mampus 22 lagi Mahathir kena pangkah


Tun M adalah seorang politician yang cukup menarik dan intelligent. Tun M berbeza dengan kesemua Perdana Menteri sebelumnya yang sememangnya berdarah elit. Tun M hanyalah anak seorang guru besar di sebuah sekolah.

Di samping itu, Tun M pernah menjadi insan buangan dalam partinya sendiri. Berbeza dengan Perdana Menteri sebelumnya malah selepasnya yang naik ke puncak parti melalui jalan yang agak selesa dan lancar.

Namun, kecerdikan Tun M khususnya dalam bacaan serta percaturan politik memberi laluan untuk beliau naik menggantikan Tun Hussein Onn walaupun sebelumnya Tun M hanyalah berada di kedudukan Naib Presiden 3 Umno (kedudukan ke-5 dalam parti).

Kecerdikan politik Tun M juga memberi ruang kepadanya untuk berada selama 22 tahun di kedudukan nombor 1 kerajaan. Sepanjang Tun M berada di kedudukan nombor 1 kerajaan serta parti, Tun M cukup berstrategik dalam mencatur orang-orang dibawahnya serta rakan dari parti lain, lantas mengukuhkan posisinya.

Ramai antara kita yang bersetuju bahawa Tun M ini zalim, malah dikatakan kemuncak kezaliman khususnya terhadap Pas berlaku pada zamannya memegang tampuk kerajaan. Tetapi saya yakin pada masa sama ramai antara kita yang bersetuju bahawa Tun M agak berjaya dalam membawa pelbagai pembaharuan selaku Perdana Menteri.

Jadi untuk memastikan BERSATU bangun dan menguasai PH, Mahathir tak ada pilihan lain melainkan membunuh UMNO. Cara nak bunuh UMNO ialah cari kelasalah pimpinan mereka. Pimpinan UMNO sama macam Mahathir penuh dengan penipuan, bolok harta dan sebagainya. Cari dan pangkah aje. UMNO akan nampak kotor Mahathir dan sebagaian PH terselamat serta nampak bersih.

Kalau UMNO tak mampus, maka sudah tentu BERSATU akan mampus apabila Anwar makin berkuasa dalam PH dan tak lama lagi bukan sahaja Anwar singkirkan Mahathir malah dengan BERSATU sekali.


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Di Mana Ada Kemahuan disitu ada Jalan:

    Untuk pangkah 22 kali akan mengambil banyak masa dan guna tenaga yang besar...jalan pintas dan 'murah' ialah terbatalnya pendaftaran Umno Baru.

    BalasPadam
  2. dalam masa dua tahun 22 kali kacang bagi Tun

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1 pangkah 45 pertuduhan. 22 pangkah 22x 45 pertuduhan: 22 tahun atau mati hidup semula belum tentu habis bicara. Wakakaka!

      Padam