Header Ads

ads header

Flash News

Yang Penting Bukti, Bukan Kata-kata Dari Saudi kata Mahathir


PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menepis pertanyaan pemberita ketika ditanya adakah beliau mempercayai kata-kata menteri luar negeri Arab Saudi yang menafikan derma RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak ada kena mengena dengan kerajaannya.

Perdana menteri berkata apa yang penting dalam kes itu ialah bukti dokumen menunjukkan sama ada wang berkenaan daripada 1MDB atau Saudi.

“Tidak penting,” katanya ketika ditanya sama ada beliau mempercayai kata-kata Adel Ahmed Al-Jubeir kepada Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah.

“Apa yang penting ialah bukti dokumen menunjukkan wang itu daripada 1MDB atau Saudi. Anda tidak boleh pindah sejumlah wang yang besar tanpa rekod. Jika mereka kata dari Saudi, tunjukkan bukti itu. Jika bukan dari Saudi, kita perlu cari dari mana.

“Setakat yang kami tahu, wang itu daripada 1MDB,” katanya kepada pada sidang media selepas mesyuarat PPBM di Menara Yayasan Selangor malam tadi.

Saifuddin memaklumkan Adel berkata derma RM2.6 bilion itu tidak ada kena mengena dengan kerajaan Saudi, selepas menerima kunjungan hormat menteri itu di Wisma Putra semalam.

Penafian itu menarik perhatian pemberita kerana Adel pada 2016 ketika menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di Istanbul, Turki dilapor berkata sumbangan kepada Najib dari Arab Saudi.

“Kadang-kadang kami dapati susah hendak mempercayai kata-kata pemimpin luar,” kata Dr Mahathir.

Ditanya sama ada dia fikir menteri Saudi menukar kenyataannya untuk menyenangkan kerajaan baharu, perdana menteri berkata: “Mungkin, tetapi saya tak tahu apa dalam fikirannya.” – FMT

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan