Header Ads

ads header

Flash News

A Samad Said kecewa sasterawan tidak dihargai, terpaksa jadi 'peminta'


KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara (SN), Datuk Seri A Samad Said meluahkan kekecewaan dan kesedihannya apabila melihat SN tidak dihargai di tanah air sendiri.

A Samad berkata, meskipun SN dikatakan disayangi dan sering disebut-sebut tetapi karya mereka tidak dibeli hingga akhirnya terpaksa menjadi ‘sang peminta’.

Mengakui ada ketikanya malu menjadi penulis, A Samad berkata, seseorang pengarang itu tidak boleh hidup dengan hanya menjadi penulis, kecuali bukunya digunakan sebagai teks di sekolah.


“Buku saya jarang digunakan (di sekolah) dan saya sudah beritahu Menteri Pendidikan (Dr Maszlee Malik) minggu sudah.

“Beliau mengerti dan saya mengerti, itu saja. Kita masih pada tahap mengerti tetapi belum lagi sampai tahap berbakti dan ini adalah kesedihan saya.

“Sebab itu saya banyak berlegar dalam khalayak Cina. Bukan mahu memuji tetapi sastera negara secara anehnya, dihidupkan oleh masyarakat Cina,” katanya pada Program Kalam Karyawan Siri 2: Menelusuri Karya Sasterawan di Anjung Bestari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah PNM, Datuk Nafisah Ahmad.

A Samad berkata, dunia sastera tanah air kini tidak dipandang dan menjadi tanggungjawab pejuang bahasa, seni dan budaya untuk mengubah keadaan itu.

“Saya diberitahu dua karya saya kini dalam proses dicetak. Saya tidak mahu tanya (kepada mereka mengenainya)

“Bagaimanapun cukupkah (setakat) dua buku oleh SN berusia 86 tahun yang akan pergi pada bila-bila masa ini untuk diperkenalkan kepada anak cucu?

“Berbuih mulut bercakap dan saya akan tetap bercakap juga. Namun, saya tahu apa kesudahannya. Dunia sastera itu tidak dipandang dan itulah nanti akhirnya,” katanya.


MR : A. Samad Said dulu kata dia masuk DAP nak jadi hamba, memang hamba taraf minta sedekah....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Bila jadi partisan, lebih2 pun sokongan yabg bakal diperoleh adalah 50%. Itupun terdedah pada penilaian semula setiap 5 tahun. Dalam kata lain kalau berumah di tepi pantai, usah mengeluh tentang landaan badai.

    BalasPadam
  2. Jadi hamba Allah lagi mulia

    BalasPadam
  3. .
    Khadam tulis buku, tak banyak dibaca.

    Kapten tulis buku, ramai yang akan baca.

    Justeru, jadilah kapten dan bukan khadam kalau mahu tulisan di pandang ramai.

    Atok belum terlambat, Atok.

    BalasPadam
  4. padan muka! sokonglah lagi parti dap tu!

    BalasPadam