Header Ads

ads header

Flash News

Adun BN akui diugut sertai Bersatu


KOTA BHARU: Sehingga sekarang tiada cawangan atau bahagian Umno yang dibubarkan selepas lima bulan parti itu kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Dato' Md Alwi Che Ahmad sebaliknya berkata, apa yang berlaku sekarang wakil rakyat BN bukan sahaja diugut, malah dicincang hidup-hidup oleh Bersatu.

“Kemudian meminta kita ramai-ramai masuk Bersatu. Bersatu sudah terdesak untuk mendapatkan sokongan Umno ketika kekuatannya dalam kerajaan Pakatan Harapan sekarang semakin lemah.

“Bersatu mempunyai 13 ahli Dewan Rakyat dalam kerajaan gabungan PKR, DAP dan PAN selepas mendapat mandat rakyat pada PRU 14 lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Adun Barisan Nasional Kok Lanas berkata, tidak munasabah Umno yang mempunyai tiga juta ahli menerima tawaran Bersatu yang disifatkan tiada sokongan akar umbi. - HARAKAHDAILY 29/10/2018
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Tak ada gunanya tunduk pada 'ugutan' kalau tundukan itu gagal mencegah kontroversi dan mengelak sindiran2 yang menusuk ke qalbu. Jadilah budiman agar label dedakman dapat dihilangkan.

    BalasPadam