Header Ads

ads header

Flash News

Amanah perlu contohi cybertrooper Pas kata Pengerusi Amanah Terengganu


KUALA TERENGGANU - Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mengakui kehebatan jentera cybertroopers Pas yang mampu membina imej hebat kerajaan Terengganu.

Menurutnya, kemampuan itu perlu dicontohi cybertrooper Amanah dalam menangkis serangan terhadap Kerajaan Persekutuan yang disifatkan berlaku hampir setiap hari.

“Setiap hari serangan terhadap kita tidak pernah surut. Ada sahaja serangan untuk merosakkan imej kerajaan.

“Malangnya, jentera kita termasuk cybertrooper tidak cukup ramai dan tidak kuat untuk menghadapi serangan itu. Kita wajar belajar daripada Pas,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Amanah Terengganu di sini, hari ini.

“Jadi, saya harap setiap kawasan dapat bekerjasama dengan Biro Komunikasi bagi melahirkan lebih ramai ejen penerangan kita bagi menjawab pelbagai tuduhan di media sosial.

“Di Terengganu juga perlu ada lantikan khusus oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) bagi mewujudkan jawatan khusus untuk tangkis dan jawab berkaitan agama,” katanya.

MR :  PAS tak ada cybertropper khusus, yang ada individu yang rasa prihatin untuk pertahankan Islam


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

7 ulasan:

  1. Bodohnya bercakap. PAS mana ada cybertrooper. Betul MR, PAS cuma ada ahli2 dan penyokong2 akar umbi yg akan dan sanggup mempertahankan ISLAM.

    BalasPadam
  2. PAS berinteraksi dengan fakta bukan auta. Pasal tu PAS kekal utuh walau diasak dan digasak dari pelbagai penjuru. Kita tak takut dgn fitnah yg dilemparkan kpd PAS pasal akan kembali semula ke muka2 pemfitnah.

    BalasPadam
  3. Pentadbiran Putrajaya tidak akan diserang secara verbal dan artikel kalau PH cakap serupa bikin. Namun itu taklah seteruk era BN yang mana serangan adalah lebih dari itu (verbal dan artikel). Adayang mandi bunga dan ada yang disembur kemikal.

    BalasPadam
  4. Allah bersama PAS in sha Allah. {Sasungguhnya orang-orang yang berbalik satelah petunjuk itu jelas bagi mereka,setanlah yang merayu mereka dan memanjangkan angan-angan mereka. Muhammad:25}

    BalasPadam
  5. Aku ini beragama Islam dan aku mendapat pendidikan di sekolah Inggeris dan universiti dalam bidang sains tulen dan sc gunaan, pernah juga belajar sains politik dan ekonomi dll di universiti.

    Aku melihat hanya parti Islam PAS yang berjuang menegakkan agama Islam dan hak umat Islam di negara ini sejak dari penubuhan PAS lagi hingga sekarang.

    PAS telah menjadikan Al-Qur'an, Sunnah, Qias dan Ijma' sebagai perlembagaan PAS dan asas perjuangan PAS. Akibatnya musuh Islam mencipta pelbagai fitnah untuk menfitnah dan memburuk-burukkan PAS kerana musuh Islam amat bencikan perjuangan Islam.

    Sebaliknya , semua parti lain menjadikan ideologi sesat buatan manusia seperti nasionalisme, sekularisme, liberalisme, pluralisme dll yang bercanggah dengan Islam.

    Maka aku menggunakan pengetahuan pelbagai bidangku untuk membela perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS dan menentang pelbagai fitnah dan pembohongan yang disebarkan oleh parti lawan termasuk tentera kacang merah (RBA) terhadap PAS dengan fakta dan logik.

    Aku melakukan semua itu kerana Allah sahaja.



    BalasPadam
  6. Tak guna banyak cytro kalau apa yang ditulis dan di hujah semua berpaksikan pembohongan, persepsi dan gimik semata2. Cytro sebegini boleh memberikan Putrajaya kepada Pakahatan Haprack tapi tanpa keberkatan. Tanpa berkat banyak yang berkecamuk dan tonggang-tonggeng.

    BalasPadam
  7. Raja baharin konon nak buruk2kan pas dengan nak tuduh pas guna sibertrup sebar fitnah macam rba dap pujaan amanah.

    BalasPadam