Header Ads

ads header

Flash News

Belanjawan 2019 abai golongan OKU, kata aktivis


Aktivis orang kurang upaya (OKU) Anthony Thanasayan membidas Belanjawan 2019 yang diumumkan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebagai tidak mengambil kira golongan OKU.

Menyatakan kekesalannya, Anthony berkata belanjawan itu menunjukkan HARAPAN menganggap golongan berkenaan sebagai golongan "kebajikan".

"Belanjawan ini jelas mengabaikan golongan OKU.

"[...] Mereka fikir golongan OKU sebagai golongan kebajikan dan bukan sebagai warganegara dengan hak yang sama. Kami sangat kecewa, ini merupakan belanjawan yang paling teruk.

"Belanjawan ini tidak akan membantu kami mencari kerja [....] ia lebih teruk daripada belanjawan BN sebelum ini," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Dalam ucapan pembentangan belanjawan yang disampaikan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng awal hari ini, golongan kurang upaya hanya disebut sekali ketika menjelaskan syarat penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

Lim menjelaskan bahawa, kerajaan akan memperkenalkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada 4 orang, kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

Anthony mendakwa golongan OKU mahukan elaun RM500 sebulan.

"Wang itu akan membantu kami dalam banyak cara, seperti memulakan perniagaan," katanya.

Tambah Anthony lagi, kerajaan HARAPAN tidak meminta pendapat golongan OKU sebelum membentangkan belanjawan itu meskipun terdapat gesaan sebelum ini.

"Kami biasanya akan dipanggil (untuk diminta pendapat), tapi kali ini kami tidak dipanggil.

"Bagaimana anda mahu tahu keperluan kami sekiranya tak duduk sama-sama kami dan tanya apa yang kami perlukan" katanya.

Aktivis berkenaan sebelum ini menggesa Menteru Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Hannah Yeoh mendapatkan maklum balas daripada golongan OKU sebelum membentangkan belanjawan.
MR : Apa yang baik Bajet 2019?....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. "Berjuta2 untuk belia India". Malaysia baru sepatutnya melihat bantuan berdasarkan keperluan dan bukan warna kulit. Lebih manis di jenamakan bantuan untuk semua belia.

    BalasPadam