Belanjawan 2019 menghukum orang Melayu
Pembentangan Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam, disifatkan sebagai hukuman untuk orang Melayu.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah hari ini berkata, jika diteliti belanjawan berkenaan, tidak disebut peruntukan untuk golongan nelayan, petani yang majoritinya orang Melayu.
Walhal katanya, UMNO dan Barisan Nasional (BN) selama ini memperjuangkan semua kaum, tidak kira Melayu, Siam, Cina, India, Orang Asli dan lain-lain.
“Saya percaya UMNO yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara ini mampu bangkit jadi lebih kuat.
“Inilah kali pertama belanjawan negara dibentang oleh pemimpin DAP. Tiada sepatah kata disebut kaum nelayan, petani dan orang Melayu,” katanya seperti dilapor UMNO Online.
Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan juga melakukan pembohongan apabila menetapkan pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada peminjam yang hanya berpendapatan RM1,000.
“Kita saksi dan perhatikanlah sama ada mereka akan laksanakan janji dalam Bajet 2019.
“Dulu dia janji tak perlu bayar PTPTN bila gaji sudah RM4,000, semalam dalam belanjawan mereka tetapkan anak muda kena bayar walaupun gaji bulan hanya RM1,000,” katanya.
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Yang terhukum ialah macai-macai tomato iaitu mereka yang percaya ptptn akan pupus, petrol RM 1.50 dan pondok tol akan roboh. Mereka yang tidak telan janji2 palsu itu, tidaklah berasa di hukum kerana telah tahu dari awal bahawa semua janji itu adalah kosong belaka.
BalasPadamMelayu mula terhakis dan disisih serta ditindas....
BalasPadam