Header Ads

ads header

Flash News

Buat-buat tak tahu


Pulau Pinang tidak menjangkakan akan mendapat peruntukan yang lebih dalam Belanjawan 2019 berikutan kedudukan kewangan negara yang dialami sekarang, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Bagaimanapun, Chow berkata kerajaan negeri akan terus membuat permohonan peruntukan daripada kerajaan persekutuan untuk menjalankan projek-projek pembangunan di negeri itu.

“Pulau Pinang dianggap sebagai negeri membangun sejajar dengan keseimbangan pembangunan secara geografi sehingga mereka mengatakan bahawa Pulau Pinang tidak seharusnya menjangkakan terlalu banyak daripada kerajaan pusat jika dilihat kepada keadaan semasa.

“Walaupun kerajaan negeri peka akan situasi berkenaan, ia tidak menghalang kita untuk memohon peruntukan bagi tujuan pembangunan negeri ini kerana kita telah melakukan perkara tersebut (memohon peruntukan) sejak sekian lama,” katanya kepada sumber selepas merasmikan acara larian Pahlawan Ungu bersempena meraikan perjuangan pesakit kanser, di sini hari ini.

Chow berkata, kerajaan negeri akan terus memanfaatkan segala perkongsian awam mahupun swasta bagi menjalankan projek di bawah rancangan kerajaan negeri tanpa menggunakan dana awam.

“Kerajaan akan menjadi fasilitator yang berkuasa dalam meluluskan segala peruntukan dan kami mengalu-alukan inisiatif kewangan swasta untuk membantu mengembangkan industri di negeri ini,” katanya.

Mengenai pelaburan Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) bagi lapangan terbang iaitu skim pertama seumpamanya di dunia, Chow berkata pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Pengangkutan untuk melihat strategi dan menyusun semula hak milik lapangan terbang khususnya Lapangan Terbang Antrabangsa Pulau Pinang supaya dana melalui pelaburan itu dapat digunakan untuk kerja-kerja menaik taraf.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri akan terus membuat permohonan untuk menambah bilangan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di negeri ini bagi meringankan bebanan ibu bapa.

“Perkara itu juga tidak menghalang kerajaan negeri untuk mendapatkan peruntukan bagi tujuan tersebut malah turut memaklumkan Menteri Kewangan bahawa kerajaan negeri akan terus membuat permohonan untuk sebarang peruntukan demi kesejahteraan rakyat dan negeri ini,” katanya.

Sumber : Bernama



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Parti kafir harbi biaDAP main 'wayang opera China' dengan menfitnah dan menghina kerajaan Islam PAS Kelantan. Ketika orang sibuk memberi perhatian kepada Kelantan kerana Kelantan difitnah oleh LGE, LGE memberikan lebih banyak peruntukan kepada KERAjaan biaDAP PP melalui Belanjawan 2019.

    Bukankah selama ini kerajaan biaDAP PP juga berhutang dan memohon pinjaman dan bantuan dari kerajaan persekutuan sejak zaman kerajaan BN lagi? Bahkan pemimpin biaDAP pun menanggis dan merayu bantuan kerajaan BN di waktu PP dilanda banjir kilat !!! Melepaskan anjing tersepit? Bila biaDAP menang , pemimpin-pemimpin Melayu diseret ke mahkamah pula dan LGE pula dibebaskan dari dakwaan rasuah dll! Dulang paku serpih, mengata orang biaDAP yang lebih !

    Sebilangan orang Melayu yang menjadi penjilat parti biaDAP dapat apa? Menang sorak kampung tergadai !!! Jilat jangan tak jilat ! Siapa bodo siapa cerdik?

    Tepukkkkkk ....... !

    BalasPadam