Header Ads

ads header

Flash News

Cukai baru dalam Belanjawan 2019 dipastikan tidak bebankan rakyat kata PH, ni nak kencing lagi


CYBERJAYA: Cukai baru yang akan diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2019 tidak akan membebankan rakyat, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah.

Beliau berkata, pengenalan cukai baru itu dicadangkan oleh Jawatankuasa Reformasi Cukai yang ditubuhkan untuk mengkaji langkah sewajarnya bagi meningkatkan cukai progresif tanpa membebankan golongan berpendapatan terendah (B40).

Menurutnya, sebahagian besar daripada hasil yang dikutip nanti akan dikembalikan semula kepada rakyat dan selebihnya untuk membayar balik hutang negara yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

“Apa yang penting adalah memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela dan negara mempunyai hasil yang cukup untuk agenda pembangunan dan merapatkan jurang antara kawasan luar bandar dengan bandar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi dan Integriti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), di sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilaporkan berkata, cukai baru bagi menjana pendapatan tambahan kepada negara yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, esok.

Mengenai hutang negara yang tinggi, Amiruddin berkata, kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk melepaskan sebahagian daripada asetnya bagi mendapatkan dana untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Terdapat cadangan agar aset kerajaan seperti tanah dilepaskan kepada pelabur tempatan untuk dibangunkan dan hasil daripada pembangunan tersebut disalurkan kembali kepada kerajaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan akan menggunakan cukai yang dikutip dengan sebaik mungkin dan telus bagi memberi motivasi kepada rakyat untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

Menggunakan pembayaran zakat yang dibuat secara sukarela oleh umat Islam sebagai contoh katanya, rakyat tidak akan keberatan untuk membayar cukai sekiranya mereka tahu ia dikembalikan semula kepada rakyat.

“Contohnya apabila kita tubuhkan Tabung Harapan, rakyat sendiri tampil untuk membantu mengurangkan hutang negara walaupun ada antara mereka pendapatan tidak seberapa.

“Saya harap psikologi itu akan datang apabila mereka lihat kerajaan telus dalam mengutip cukai dan menggunakan hasil itu secara telus dan efektif,” kata Amiruddin.


MR : PH pasal cakap hebat tapi semuanya kencing....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. GST hilang, SST datang, cukai baru menjelang. Telan!!!

    BalasPadam
  2. Tak serik serik ashik berjanji saja.

    BalasPadam
  3. Mana ada cukai yang tak membebankan rakyat, dah nama pun cukai...

    BalasPadam