Header Ads

ads header

Flash News

Dr M cuma mahu wang 1MDB, bukan dendam, kata Nazri


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menepis cakap-cakap mengenai “agenda tersembunyi” Tun Dr Mahathir Mohamad ekoran siasatan dan pendakwaan terhadap pemimpin Umno dan beberapa individu lain.

Setiausaha agung Barisan Nasional berkata perdana menteri hanya ingin membongkar dan mencari wang 1MDB yang didakwa diselewengkan.

“Siasatan dan pendakwaan undang-undang yang dikenakan terhadap pemimpin Umno dan beberapa individu lain hanya bersandarkan motif untuk menjejak dan mengutip ‘all the money trail’ daripada 1MDB.

“Perdana menteri ingin cari ke mana wang dan dana 1MDB itu disalurkan. Kita boleh nilai bukan hanya pemimpin Umno-BN yang ditahan, ia termasuk juga individu lain yang disyaki terlibat dalam skandal 1MDB,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Perdana menteri sebelum ini berkata lebih ramai ahli politik dan penjawat awam akan disiast dan didakwa kerana rasuah.

Baru-baru ini, pemimpin Umno seperti Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai tuduhan.

MR : Biasanya orang "giler" aje boleh baca fikiran kepala orang "giler" lain....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan: