Header Ads

ads header

Flash News

Dr. Muhammad Faiz ahli majlis tertinggi Bersatu kata tak ada, tapi 29 individu dirakam keterangan oleh polis


BUKIT MERTAJAM - Polis merekodkan keterangan 29 individu termasuk enam suspek yang dilaporkan mengedar kitab Bible di hadapan sebuah sekolah di Bukit Mertajam pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil soal siasat yang dilakukan terhadap kesemua suspek menganggap pengedaran kitab itu tidak menjadi kesalahan kerana sebelum ini mereka pernah membuat edaran di sekitar kawasan hotel, klinik dan hospital.

Menurutnya, daripada keterangan mereka (enam suspek) tujuan pengedaran kitab berkenaan adalah untuk memberi pendedahan tentang kebaikan dan pengajaran dalam agama Kristian.

"Polis sedang melengkapkan dan mengemas kini kertas siasatan sebelum ia dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

"Setakat ini, kesemua suspek yang terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita tidak ditahan dan mereka berjanji akan memberi kerjasama yang baik sepanjang proses siasatan dilakukan,"katanya ketika dihubungi di sini.

Nik Ros Azhan berkata, selain enam suspek berkenaan, keterangan turut diambil daripada empat orang pengadu, seorang pengetua sekolah, seorang pegawai pendidikan daerah, seorang pengawal keselamatan, tiga pekerja tukang cuci sekolah dan 13 orang pelajar sekolah terbabit.

Katanya, polis juga telah mendapatkan semula kitab bible yang diedarkan oleh kumpulan berkenaan kepada pelajar daripada pihak sekolah.

Mengulas lanjut mengenai kes berkenaan, Nik Ros Azhan berkata, sehingga kini polis telah menerima lapan laporan mengenai kejadian berkenaan iaitu empat di Pulau Pinang, dua di Sentul, Kuala Lumpur; dan masing-masing satu laporan di Presint 7, Putrajaya dan Taman Perling, Johor Baru.

Sebelum ini tular dilaman sosial mengenai tindakan beberapa individu yang dikesan mengedar kitab bible dihadapan sebuah sekolah di Bukit Mertajam.

Aktiviti pengedaran kitab itu dilaporkan berlaku pada 2 November diantara jam 12.10 hingga 12.30 tengah hari semasa tamat sesi persekolahan. Difahamkan lebih 200 buku kitab 'New Testament' telah diedarkan kepada hampir 200 orang pelajar termasuk yang beragama Islam di sekolah berkenaan.


MR :  Bersatu bukan jilat DAP sahaja, agama pun mereka jual


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Alasan karut marut untuk pendakwah kristian menegakkan benang basah dan melapaskan diri dari hukuman: 'Pendakwah kristian menganggap pengedaran kitab itu tidak menjadi kesalahan.'

    Jika alasan karut marut ini diterima pakai oleh pihak berkuasa maka perompak juga boleh membuat dakwaan yang sama konon 'perompak menganggap rompakan tidak menjadi kesalahan' untuk melepaskan diri mereka dari hukuman.

    BalasPadam
  2. Keterangan mereka (enam suspek) tujuan pengedaran kitab berkenaan adalah untuk memberi pendedahan tentang kebaikan dan pengajaran dalam agama Kristian.

    Ini jelas membuktikan pendakwah kristian tersebut telah cuba mempengaruhi pelajar-pelajar Islam dan tindakan pendakwah kristian ini adalah salah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan !!!

    Maka pihak berkuasa wajar mengambil tindakan undang-undang ke atas pendakwah-pendakwah kristian tersebut !!!!

    BalasPadam