Header Ads

ads header

Flash News

Gaji ‘Mat Bangla’ pun lebih RM1,000, Najib kritik bayaran PTPTN



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang perlu membayar balik pinjaman pada gaji RM1,000 sebulan.

Beliau berkata tidak ada graduan universiti yang bekerja mendapat gaji bawah RM1,000, dan menambah gaji yang diperoleh oleh pekerja warga Bangladesh juga lebih daripada itu.

“Apabila melihat manifesto PH sebelum ini untuk PTPTN saya tertunggu-tunggu sebab ramai anak muda undi sebab janji mereka.

“Tetapi yang diumumkan gaji lebih RM1,00 perlu membayar hutang PTPTN. Gaji ‘Mat Bangla’ yang potong rumput dekat kelab golf pun lebih RM1,000,” katanya di satu program santai bersamanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Umno sebelum ini menggesa kerajaan memutuskan cadangan memulakan pembayaran balik pinjaman PTPTN di tangga gaji RM4,000, selepas kutipan bayaran balik dilaporkan turun sebanyak RM506.78 juta.

Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan peminjam berpendapatan lebih RM1,000 sebulan perlu membayar balik pinjaman dengan cara potongan gaji antara 2% hingga 15%.

Kerajaan juga menyediakan pelepasan cukai kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja bagi tahun berakhir 2019.

Sebelum ini, peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat pengajian walau apapun status pekerjaan dan gaji mereka.

Dalam pada itu, Najib berkata langkah PH terhadap peminjam PTPTN berbeza dengan manifesto pilihan raya.

Beliau berkata sekiranya Barisan Nasional (BN) memerintah pastinya keadaan berbeza pada masa ini buat peminjam PTPTN.

“Memanglah sudah berhutang kena bayar itu ada dalam Islam. Tetapi BN dulu tidak memaksa, jika ada RM100 boleh bayar, ada RM50 pun kita terima. Janji bayarlah sikit,” katanya.

Dalam sembang santai Najib bersama kira-kira 1,000 hadirin hari ini, beliau bersedih kerana tidak dapat melaksanakan dasar pembangunan negara yang sudah dirancang, dan kecewa PH tidak menunaikan manifesto pilihan raya gabungan itu.

Turut hadir menemani Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Bekas perdana menteri menjawab lebih kurang 30 soalan peserta yang rata-rata menyentuh mengenai manifesto PH.

Najib juga menyentuh berkenaan subsidi minyak dan mengkritik PH kerana tidak menunaikan janji menurunkan harga minyak petrol kepada RM1.50.

Beliau sebaliknya berkata harga minyak mungkin naik kerana mekanisme penetapan harga automatik.

“Jadi sistem itu juga memungkinkan minyak naik katakan petrol RON95 naik dari RM2.20 ke RM2.70. Yang dapat (subsidi) hanyalah kumpulan yang bersasar diumum semalam,” katanya.

Kerajaan memperuntukkan RM2 bilion untuk memberikan subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter buat kereta berkapasiti enjin 1500cc ke bawah dan terhad kepada 100 liter sebulan, dan 30 sen seliter buat motosikal berkapasiti enjin 125cc ke bawah dan terhad kepada 40 liter sebulan.

Mengenai masa depan politiknya, Najib tidak akan menubuhkan parti baru dan akan terus kekal bersama Umno, kerana beliau “dilahirkan” dalam parti itu.

Beliau sempat menyindir beberapa ahli Parlimen yang keluar Umno sebagai ahli politik yang tidak menghargai parti yang membantu mereka ketika susah.

“Bila sudah tidak tahan ditekan, ada yang lompat parti malam-malam dan sertai PPBM,” katanya.

Bekas menteri, bekas pemimpin kanan Umno dan Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai PPBM pada 26 Oktober selepas hampir sebulan meninggalkan Umno.




MR : Teruk Najib "nganjing"....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. .
    Penipuan telah digunakan untuk menewaskan pemerintah lama yang dituduh menipu rakyat sebelum ini. Walhal penggunaan tipuan untuk tewaskan penipu adalah juga penipuan. Kini bila pemerintah semasa yang terus menipu sesudah pemerintah dahulu kecundang adalah perkembangan tidak sihat. Justeru dalam PRU seterusnya usaha perlu di olah ke arah bagaimana hendak menghapuskan penipuan semasa yang amat tidak sihat ini.

    BalasPadam
  2. .

    Dan beban untuk menyekat petrol bersubsidi dari memasuki tangki kereta dan motosikal yang tidak layak mendapat subsidi akan tergalas di atas bahu penjaga pam minyak? Wow kena minta tambahan gaji tu.

    BalasPadam