Header Ads

ads header

Flash News

Gotong-royong Muhibbah Dekatkan Gereja Dengan PAS P. Pinang


BUKIT MERTAJAM: Semangat cinta akan alam sekitar mempertemukan PAS Pulau Pinang dengan Gereja St. Anne yang bekerjasama menjayakan program Gotong-royong Muhibbah pada pagi 3 November.



Bertempat di Hutan Lipur Cherok To’ Kun, program yang bermula seawal jam 8 pagi hingga 12 tengah hari itu telah disertai oleh 80 orang peserta pelbagai agama dan bangsa bersama dengan Jabatan Amal yang mewakili PAS.



Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Norazman Ishak dalam ucapannya mengusulkan supaya usaha sebegini diteruskan ke kawasan tepi sungai, pantai mahupun di kawasan bandar.



Beliau turut berterima kasih kepada pihak gereja St. Anne atas komitmen yang baik dan mengharapkan kerjasama sebegini akan berterusan.



Sementara itu, Dato Bishop Sebastian Francis, Ketua Uskup Catholic Wilayah Utara yang diberi kesempatan merasmikan program, gembira dengan usaha semua pihak yang terlibat menjayakan aktiviti gotong – royong.



“Saya bangga dengan kerjasama Jabatan Amal, PAS dan gereja untuk membersihkan tempat ini serta menjaga alam sekitar supaya kehidupan manusia akan lebih selesa,” katanya menghargai hadirin yang mengambil bahagian.



Sebenarnya, idea asal program ini datangnya dari Ketua Lajnah Dakwah PAS Pulau Pinang, Amir Hamzah yang mahu masyarakat merasai keterbukaan PAS menerima masyarakat beragama kristian seterusnya menolak tanggapan bahawa PAS bersifat perkauman atau ekstrimis agama.



“Ini adalah sebahagian ‘Dakwah Bil Hal’ yang PAS ingin kongsikan bersama dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini, ” jelas beliau.



Kebersamaan antara PAS dengan masyarakat pelbagai agama dan bangsa, yang bertungkus lumus serta berpenat- lelah sepanjang program ini menjadi mesej akan matlamat Islam membawa kesejahteraan juga perpaduan kepada semua.



Sebagai menghargai sumbangan para peserta yang hadir, pihak penganjur telah menyediakan jamuan serta cenderamata kenangan kepada mereka.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan