Header Ads

ads header

Flash News

Guan Eng diminta beri penjelasan berhubung skim Insurans B40


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diminta tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan Great Eastern Holdings Ltd. belum bersedia membuat sumbangan RM2 bilion bagi mewujudkan Skim Insurans B40.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan mempersoalkan, siapa yang betul dalam perkara tersebut, adakah Guan Eng telah berbohong di Dewan Rakyat dan di hadapan jutaan rakyat Malaysia?

“Mungkin ramai tertanya kenapa Great Eastern Holdings Ltd. sanggup menyumbang? Adakah untuk CSR (tanggungjawab sosial korporat)? Laporan media sama mendedahkan, rupa-rupanya syarikat itu sedang berbincang dengan kerajaan bagi mendapat pengecualian daripada syarat Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menjual kepentingan 30 peratus kepada syarikat tempatan.

“Secara jelas, Great Eastern Holdings Ltd. memberitahu satu kaedah untuk mendapat pengecualian ialah dengan membuat sumbangan RM2 bilion. Nampak tak unsur `quid pro quo’ di situ,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Guan Eng dalam pembentangan Belanjawan 2019 berkata, Great Eastern bersetuju untuk mencarum RM2 bilion kepada dana pembangunan insurans.

Bagaimanapun, kelmarin, Great Eastern Holdings Ltd. mendakwa, pihaknya masih belum memberi kata putus berhubung sumbangan sebanyak RM2 bilion bagi memenuhi ketetapan pemilikan asing di Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. .
    Era baru tapi mentaliti era lama. Dalam era lama, apa yang keluar dari mulut menteri adalah umpama perkataan dalam 'kitab'. Era baru lain. Di era baru perkataan yang keluar adalah umpama minyak mentah yang perlu di tapis dalam beberapa peringkat sebelum boleh dipasarkan sebagai bahan bakar. Ingat bahawa yang mengaku era ini adalah era baru adalah PiEm anda jua. So patuhilah ia atau anda akan di cantas seawal waktu berputik.

    BalasPadam