Header Ads

ads header

Flash News

ICERD: Bukan semua nilai baik global sesuai untuk Malaysia


Panel Hak Asasi Manusia – Majlis Dakwah Negara (MDN) mengingatkan kerajaan Malaysia di bawah Pakatan Harapan (PH) supaya menangani apa-apa isu sensitif dengan penuh kebijaksanaan, termasuk konvensyen yang hendak diguna pakai di negara ini.

Pengerusi Panel Hak Asasi Manusia MDN, Profesor Datuk Dr Torla Hassan menegaskan, tidak semua nilai yang dilihat baik pada peringkat global perlu ditanam di peringkat glokal, kerana nilai itu perlu digarap berdasarkan susun atur budaya, agama dan norma lazim setempat.

Sehubungan itu, katanya, Panel Hak Asasi Manusia MDN berpendirian bahawa Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), tidak perlu diratifikasi kerana memberi impak dari sudut perundangan, khususnya Perlembagaan Persekutuan.

“ICERD bertujuan menghapus segala bentuk diskriminasi, termasuk ‘diskriminasi positif’ seperti hak orang Melayu dan Bumiputera, kedudukan istimewa agama Islam dan Raja-Raja Melayu yang dijamin Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan akhbar SUHAKAM semalam yang mendesak kerajaan meratifikasi ICERD.

Pada masa sama, beliau mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu mengambil kira pandangan semua pihak yang berkaitan dalam isu itu.

Torla berkata, rundingan awam perlu diadakan bagi mengelak perasaan tidak puas hati yang mungkin boleh menimbulkan ketidakstabilan kepada negara dari aspek perundangan, sosial atau hubungan antara kaum.

Panel Hak Asasi Manusia-MDN, katanya, menentang sebarang kezaliman dan penindasan terhadap mana-mana orang sama ada dari kalangan majoriti atau minoriti daripada mendapat hak asas mereka sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Semua orang mempunyai hak yang sah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan, malah di dalam agama Islam juga hak ini, termasuk hak orang bukan Islam, adalah terpelihara dan menjadi tanggungjawab setiap orang Islam mempertahankan hak yang sah ini,” katanya.
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Ajak saudara mara dan rakan t/tangan petisyen menolak ICERD online. Beri tunjuk ajar yang sepatutnya. Setakat ini dah lebih 60K t/tangan ... ciput.

    BalasPadam
  2. Negara ini asal nama Tanah Melayu...maknanya hak asal ialah hak org Melayu. Sewaktu perlembagaan negara dibuat mereka dah teliti perkara tersebut..lalu diberi hak keistimewaan org melayu.
    Jika tanah kita diberi utk org tumpang duduk tiba2 yg tumpang nk tanah tu diberi samarata..bolehkah jd hidup harmoni aman damai?

    BalasPadam