Header Ads

ads header

Flash News

Kadir Jasin tidak yakini skim biaya rumah


PETALING JAYA: Seorang bekas wartawan yang berpengaruh, Datuk A Kadir Jasin mencadangkan dia tidak sepenuhnya yakin dengan skim pemilikan rumah baharu yang diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam Belanjawan 2019.

Beliau menambah pelancaran FundMyHome 2 hari selepas pembentangan juga menunjuk kepada unsur-unsur kebocoran maklumat.

Namun begitu ahli majlis tertinggi PPBM itu berkata dia meletakkan kepercayaan pada “orang-orang pandai” yang bekerjasama dengan Lim dan agensi berkaitan.

“Saya serahkan kepda orang-orang pandai di Bank Negara dan Unit Perancang Ekonomi untuk merungkai hal ini. Cuma bagi saya jika masalah gaji rendah dan pendapatan diselesaikan, kita juga akan selesaikan masalah perumahan,” kata Kadir di blognya hari ini.

Kadir juga menyuarakan kebimbangan mengenai cara FundMyHome dilancarkan.

“Walaupun sudah menjadi kebiasaan bagi kerajaan untuk menerima cadangan daripada orang awam, cara pembiayaan ‘people-to-people’ didedahkan kepada orang ramai mendedahkan kerajaan keapda dakwaan kronisme dan nepotisme,” kata Kadir.

Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan taikun Datuk Tong Kooi Ong, yang berkata syarikatnya EdgeProp Sdn Bhd membentangkan cadangan skim FundMyHome kepada Putrajaya supaya ia boleh boleh dimasukkan ke dalam Belanjawan.

Dalam skim FundMyHome, pembeli membayar 20% daripada harga hartanah dan ia akan dimasukkan ke dalam satu akaun amanah untuk membayar pulangan pelaburan tahunan sebanyak 5% kepada institusi terlibat untuk tempoh 5 tahun.

Baki 80% itu akan disumbangkan oleh bank seperti Maybank dan CIMB. Untuk 5 tahun pertama, tidak ada bayaran balik bulanan. Selepas itu, pembeli sama ada menjual rumah itu, membeli bahagian hartanah yang tidak dimilikinya pada harga pasaran, atau membiayai semula rumah itu.

Pakar hartanah masih ragu-ragu terhadap skim itu dan mempersoalkan manfaatnya kepada pembeli.

Kadir berkata bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin juga menggelar mereka yang mendraf belanjawan itu “orang pandai”, dan memetik seorang pengurus dana dari Singapura yang memberi amaran skim itu boleh gagal lalu menyebabkan orang ramai kehilangan wang dan kerajaan dipaksa menyelamatkan mereka.

“Bercakap mengenai perumahan, isu sebenar adalah kemampuan. Harga melonjak naik tetapi pendapatan tidak. Pencatutan memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Beliau mengakui dirinya daripada generasi lama yang belum sepenuhnya mendakap perbankan digital. “Saya masih belum meyakini perbankan dalam talian, biaya ramai dan penstoran ‘cloud’.”

Kadir berkata walaupun Lim boleh mengumumkan FundMyHome sebagai satu dasar, dia sewajarnya meminta cadangan “daripada seberapa banyak pihak yang mungkin” supaya kerajaan mempunyai lebih banyak pilihan.

“Sudah tentu kita mahu projek ini berjaya. Tetapi skim pendanaan sebegini pertama seumpamanya di dunia dan kita tidak boleh halang orang tertanya-tanya dan bertanya soalan,” katanya.

MR :  Sesama mereka, mereka tak sepakat kerana masing-masing ada kepentingan


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Negara dilanda lebihan dalam pasaran hartanah dan skim P2P hanya nak menjamin harga kekal naik disamping menyuburkan budaya ah long, hutang tak abih2 dibayar, bunga jugak naik...sifir mudah ekonomi...kalau supply dah melebihi demand, harga rumah sepatutnya jatuh.
    Ini tak, tak abih2 pemaju nak cekik darah rakyat, kerajaan pun sebenarnya nak bela siapa, rakyat ke taikun?
    Sangat jelek, masa merayu undi, semuanya kerana rakyat, bila dapat kuasa...

    BalasPadam
  2. Nampaknya mantri pakatun lebih berminat menjaga kepentingan towkay-towkay pemaju perumahan (yg mungkin telah menyumbang kepada parti roket semasa PRU14? ) dan membiarkan rakyat ditindas oleh pemaju!!!!

    BalasPadam