Header Ads

ads header

Flash News

Kalau orang UMNO pun malas baca.. nak boikot Utusan? – Pyanhabib


KUALA LUMPUR 6 Nov. – Kontroversi yang dilaungkan bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi supaya memboikot Utusan Malaysia kini menjadi bahan ‘perli-memerli’ dalam media sosial.

Perkara itu secara tidak langsung menarik perhatian seniman, Pyanhabib yang turut pernah ‘makan gaji’ dan berkhidmat di Utusan Malaysia lebih 20 tahun untuk bersuara dan meluahkan apa yang terpendam di dalam hati.

Memetik status yang dimuat naik di Facebook miliknya, syarikat Utusan Melayu (M) Berhad tidak akan berhadapan dengan masalah sekiranya orang UMNO memberi sokongan dengan membeli akhbar yang dikeluarkan sejak dahulu hingga kini.

“Nak boikot Utusan? Kah.. kah.. kah..!! Sejak berpuluh-puluh tahun lalu, awak dengan ahli UMNO rajin membeli dan membaca surat khabar atau majalah-majalah terbitan Utusankah? Setahu saya, sejak berpuluh-puluh tahun itu jugalah ahli UMNO berjumlah tiga juta orang itu, lebih sebahagiannya jenis pemalas baca surat khabar.

“Diberi percuma pun mereka buat sebagai sampah sahaja. Kalau sejak berpuluh-puluh tahun lalu tiga juta ahli UMNO itu berupa gerombolan yang rajin membeli dan membaca surat khabar Utusan setiap hari, pasti otak mereka segar-bugar dengan ilmu pengetahuan selain Utusan dapat mengutip hasil tetapi ahli UMNO… (kamu sambung sendirilah),” katanya.

Status itu dimuat naik selepas Puad memberi amaran kepada Utusan Malaysia untuk memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak tentang dakwaan kononnya bekas Perdana Menteri itu berbohong kerana tidak tahu sumber wang yang didepositkan ke akaun banknya.

Puad juga menamakan pengerusi eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad, Datuk Abdul Aziz Sheik Fadzir sebagai individu yang menulis di belakang ruangan pojok "Awang Selamat" dalam Mingguan Malaysia, Ahad lalu. – UTUSAN ONLINE

MR :   Orang UMNO bukan sahaja malas membaca, berfikir pun malas


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Sakit??!! Kenapa Kita Masih Sakit?!

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan