Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan PH lupa bela graduan lepas dapat gaji menggunung- GAMIS


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyifatkan pengumuman berhubung potongan gaji secara automatik bagi peminjam PTPTN dalam Belanjawan 2019 sebagai “mengejutkan” dan membebankan golongan yang berpendapatan rendah.

“Ini adalah polisi yang sangat membebankan anak muda khususnya buat mereka graduan muda yang terpaksa ikat perut untuk membina kehidupan secara berdikari selepas mereka menamatkan pengajian mereka,” kata presidennya, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai dalam kenyataan media hari ini.

Persatuan mahasiswa itu juga menyifatkan kerajaan PH “seolah-olah melupakan” tujuan perjuangan untuk membela golongan graduan dan rakyat berpendapatan rendah.

“Kos sara hidup yang tinggi, nilai mata wang Malaysia yang rendah, dan peluang pekerjaan tenaga mahir yang rendah dan pendapatan (gaji) yang rendah bagi graduan baru adalah beban sedia ada yang terpaksa dihadapi oleh anak muda Malaysia hari ini.

“Kerajaan PH seolah-olah telah melupakan tujuan perjuangan mereka untuk membela nasib golongan graduan dan golongan berpendapatan rendah apabila sudah menikmati gaji-gaji yang menggunung selepas menjadi menteri di dalam kerajaan Malaysia,” katanya.

Kenyataan itu dibuat sebagai merujuk pengumuman dalam Belanjawa 2019 bagi pembayaran balik hutang PTPTN dengan cara potongan gaji berjadual antara 2 peratus hingga 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam.

Dalam ucapan pembentangannya, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pembayaran balik itu terpakai kepada peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Untuk rekod, dalam manifesto pilihan raya umum (PRU) ke-14 sebelum ini, antara janji PH adalah menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan.

Sementara itu, Faizuddin berkata pendekatan yang mahu diambil kerajaan itu akan menyebabkan lebih ramai keluarga yang berpendapatan rendah takut untuk menghantar anak mereka ke pengajian yang lebih tinggi.

“Kerajaan sepatutnya menyediakan satu mekanisme yang tuntas untuk membantu rakyat keseluruhan sama ada mereka miskin atau kaya untuk mendapat pendidikan tanpa yang ada yang didiskriminasi selaras dengan perlembagaan Malaysia Perkara 12.

“Kami mahasiswa konsisten mengatakan bahawa kerajaan wajib membantu rakyat untuk menikmati pelajaran bermula daripada pengajian rendah hinggalah ke pengajian yang tertinggi,” katanya.



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

9 ulasan:

  1. sape suruh ko pangkah menteri level nobita... hambik ko lem... padan muka

    BalasPadam
  2. 5 tahun lg... ko pangkah nobita tu lg... pastu meraung lg 5 tahun... welldone

    BalasPadam
  3. .Bukan lupa kot tapi ini adalah pendekatan bersasar PH i.e pihak yang 'tak mengenang budi' dalam membawa anak watan di menara gading ke arah berdikiri yakni berdiri atas kaki kiri menerusi hidangan Maggi Kari.
    .

    BalasPadam
  4. Sebilangan budak universiti dan pemuda-pemudi Melayu berlagak bodoh sombong dengan menyokong pakatan syiah-liberal-kafir harbi kononnya pakatanlah yang boleh membela nasib mereka kerana penyokong-penyokong ini percaya kepada fitnah dan janji palsu ciptaan pakatan secara membabi buta. Konon belajar universiti tetapi otak letak pada lutut !

    Puak ini adalah seperti kacang lupakan kulit kerana mereka lupa pertuanan Melayulah yang menyebabkan orang Melayu boleh masuk universiti dan mendapat biasiswa dll dan menjadi orang professional dengan izin Allah. Mereka buang pertuanan Melayu dan mengambil pertuanan biaDAP.

    Sekarang barulah mereka sedar bahawa mereka telah DIKENCING HANCING oleh pakatan !!!! Nasi sudah jadi bubur ! Padan muka !

    Tepukkkk ...... !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak-budak 'u' ini lupa orang Melayu berjaya memasuki universiti kerana quota Melayu yang ditentukan oleh pertuanan Melayu. Budak-budak 'u' konon cerdik dalam akademik tetapi bodo dalam politik yang menyebabkan mereka sokong pertuanan biaDAP dengan agenda Malaysian Msia dan ICERD !!!

      Padam
    2. sokong kalau tak ada Ketuanan Melayu memang tak ada peluang nak masok U

      Padam
  5. Nak buat macam mana? Melayu makin kaya makin lupa diri. Melayu makin ramai masuk universiti makin bangang jadinya. Tahniah pakatoons

    BalasPadam
  6. ADAKAH PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN MEMPUNYAI LIDAH BIAWAK?

    Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan menjelaskan, peminjam­ boleh mengemaskini mak­­­lumat peribadi ser­ta pendapatan bulanan di laman sesawang www.ptptn.gov.my bermula hari ini dan sekiranya layak, mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan bakal mendapat penang­gu­han­­ bayaran.

    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penangguhan-ptptn-kemas-kini-sebelum-25-julai-ini-1.710304#ixzz5Vy6Hx2HI
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    Apa sudah jadi sekarang? Gaji kecil pun akan dibuat potongan untuk bayaran balik PTPTN ? Rakyat nak makan apa?

    BalasPadam
  7. Apabila nafsu mengatasi akal maka akan sentiasa mnjd mangsa puak2 yg akn mengambil kesempatan. Bersatulah blk menyokong wadah islam sekular tu tak akn kemana.

    BalasPadam