Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan tiada rancangan sambung Program Susu 1 Malaysia


Kerajaan tiada rancangan untuk menyambung semula Program Susu 1 Malaysia (PS1M) buat masa ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata segala cadangan untuk penyambungan semula program tersebut adalah bergantung pada peruntukan dalam belanjawan pada tahun hadapan.

“Kita perlu tengok peruntukan pada tahun depan, kerana belanjawan tahun ini telah dibentangkan.

“(Setakat ini) tiada perancangan,” katanya ketika ditanya cadangan untuk menyambung semula program tersebut.

Beliau berkata demikian kepada Malaysiakini ketika ditemui di parlimen, malam ini.

PS1M merupakan program di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang sepatutnya mengedarkan susu kotak kepada murid miskin di sekolah.

Program yang sepatutnya berjalan sejak Januari tahun ini masih tidak diketahui kedudukannya memandangkan tiada susu kotak yang diedarkan ke sekolah sejak awal tahun lalu.

Untuk rekod, perlaksanaan RMT telah menerima peruntukan RM299 juta daripada kerajaan BN seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2018.

Mantan menteri pendidikan Mahdzir Khalid sebelum ini mengatakan ‘tidak tahu’ tentang isu susu kotak PS1M yang belum diedarkan, namun berkata akan memeriksanya.

“Tapi (berkenaan) yang tak diedarkan itu saya tak tahu. Saya nak kena periksalah,” katanya.

Bagaimanapun ketika ditemui di parlimen hari ini, beliau tidak mahu memberikan sebarang komen terhadap isu itu.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan komen bekas timbalan menteri pendidikan P Kalamanathan telah dilakukan, namun belum mendapat maklum balas.

MR :  Akhir semua perkara baik dimansuhkan oleh KERAjaan PH. Cakap bergegar-gegar ekor berluman taik


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan