Header Ads

ads header

Flash News

Kes edar Bible kepada pelajar sekolah di Pulau Pinang benar kata Mujahid


Gambar tular memaparkan kegiatan pihak tertentu mengedar kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam di sini, baru-baru ini adalah benar.

Demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang mengesahkan mengenai gambar tular berkenaan.

Mujahid berkata, beliau telah mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Jabatan Pendidikan negeri dan ahli Parlimen Bukit Mertajam, sebaik sahaja perkara itu tersebar.

“Pihak yang berbuat demikian dipercayai wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) namun tidak mewakili gereja atau persatuan agama Kristian di kawasan berkenaan.

“Saya nasihat supaya jangan menimbulkan masalah kerana kena hormat Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata, pihak terbabit perlu faham Artikel 11 (4), yang menetapkan agama lain bebas diamalkan tetapi tidak boleh didakwah kepada orang Islam.

Ditanya sama ada pihak berkuasa agama membuat laporan polis berhubung kes itu, Mujahid berkata, tindakan itu tidak dilakukan, tetapi ia berada dalam pengetahuan pihak polis.

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa gambar yang memaparkan kegiatan pihak tertentu mengedar kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang.

MR :  Habis kalau tak wakil geraja tak apa ke?


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Sakit??!! Kenapa Kita Masih Sakit?!

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

9 ulasan:

  1. Tindakan pendakwah kristian cuba mempengaruhi pelajar-pelajar Islam adalah salah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

    Mengapa mantri agama dan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) belum membuat laporan kepada polis? Adakah mereka takut pada abang besar roket ???

    BalasPadam
  2. .
    Semua kitab2 sama ada telah dicemari atau telah 100% dikarang oleh AKAL kecuali yang satu itu saja. Makanya selain yang satu itu, selebihnya bukanlah kitab tapi ibarat sebuah novel saja.

    Ini perlu disedarkan agar minat individu untuk membeli buku yang bukan 'kitab' ikut definisi sebenar akan jadi tawar dan dianggap membazir.
    .

    BalasPadam
  3. malaysia menuju kehancuran kalau perkara saumpama ini tidak dbedung terutama menteri agama saperti ini nauzubillah.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...
    Sepatutnya kementerian buat laporan polis bagi menunjukkan pihak kementerian concern@ambil peduli kerana ianya bertentangan dalam perlembagaan sama sekali.Kalau hari ni mereka buat, x mustahil mereka buat lagi.. Cukup²lah berlembut... Kita berlembut bukan bermakna kita bagi kepala utk di injak². Menteri adalah org yg layak menegur, jgn bg masyarakat muak dgn isu² melayu islam yg dipolitikkan, org melayu Islam diam bukan bermakna mereka bodoh!fikir²kanlah wahai pak menteri!

    BalasPadam
  5. salam.buat menteri agama .jgn jadikan isu penyebaran bible perkara yang remeh.puak2 ini perlu dipanggil dn diberi penerangan tegas mengenai undang2 telah sedia ade.jgn mengangap umat islam bodo.sbg menteri yg menjaga islam .tunjukkan ketegasan dlm menjaga agama islam.

    BalasPadam
  6. Nak test market....nak tgk ada tindakan ke tak?.
    . Kalau ade isu berkakit tahfiz cepat je nak tutup.

    BalasPadam
  7. Last2 pusat tahfiz jugak yang kena. Kafir harbi tersenyum gembira. Menteri agama duk diam tak buat apa apa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaki dan tangan dah kena ikat. Kalau tak next PRU dedak tak dapat dan tak dapat undi DAP kalau melawan.

      Padam
  8. Mantri agama takut pada LGE atau Allah?

    BalasPadam