Header Ads

ads header

Flash News

Pembantu tadbir PTG kena bunuh dan dibakar


KUANTAN: Seorang pembantu tadbir di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) di sini dipercayai menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila mayatnya ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan terbakar pada bahagian badan selain beberapa kesan kecederaan di muka dan kepala.

Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad, berkata mayat M Suhairi A Wahab, 35, ditemui di bilik tidur utama di rumahnya di Lorong Pandan Indah 1/3 Perumahan Pandah Indah semalam, selepas berlaku kebakaran di bilik itu.

“Kita terima maklumat daripada pihak bomba mengatakan ada kebakaran sebelum anggota kita ke sana dan menemui mayat mangsa.

“Siasatan awal mendapati mangsa ditemui di atas tilam dengan beberapa kesan kecederaan di kepala dan badan selain kesan terbakar di bahagian badan,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini, hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat dan keterangan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, pihaknya menahan suspek lelaki yang juga rakan serumah mangsa berumur 34 tahun.

Mohd Zakaria berkata, pihaknya masih menunggu keputusan bedah siasat yang dilakukan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, bagi mengetahui punca kematian mangsa yang berasal dari Kampung Panching, dekat sini.

Katanya, permohonan reman ke atas suspek juga sedang diperoleh bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lebih terperinci dan mengetahui motif pembunuhan.

Dalam kejadian jam 10.30 malam semalam, mangsa disahkan meninggal dunia selepas anggota bomba dan penduduk kawasan perumahan itu selesai memadamkan kebakaran.

Mohd Zakaria berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, abang mangsa, Amir A Wahab, 48, berkata adik bongsunya itu sudah empat tahun menyewa di kawasan perumahan berkenaan dan amat rapat dengan ibu mereka.

“Jika ini kes bunuh saya harap mereka yang terbabit dibawa ke muka pengadilan,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat, HTAA.

Beliau berkata, adiknya yang sudah berkhidmat lebih empat tahun di PTG disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panching, di sini, semalam.


MR : Manusia makin hari makin rosak danb bersifat kejam....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan