Header Ads

ads header

Flash News

Pemilihan PKR: Azmin dahului Rafizi di Sabah, majoriti 1,642 undi


KOTA KINABALU, 5 Nov — Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabar tunggalnya Mohd Rafizi Ramli dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu di 25 cabang di Sabah yang berlangsung selama dua hari berakhir semalam.

Cabang mengadakan proses pemilihan itu ialah Kota Kinabalu, Sepanggar, Tuaran, Kota Marudu, Sandakan, Libaran, Batu Sapi, Tawau, Kalabakan, Keningau, Sipitang, Beaufort, Putatan, Penampang, Kimanis, Papar, Tenom, Pensiangan, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beluran, Kinabatangan, Silam, dan Semporna.

Menurut laman sesawang Pemilihan Keadilan 2018 di www.pemilihankeadilan2018.com, Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi mendahului Mohd Rafizi yang merupakan bekas Anggota Parlimen Pandan dengan majoriti 1,642 undi.

Mohamed Azmin yang merupakan penyandang jawatan itu memperoleh 11,466 undi, manakala Mohd Rafizi yang juga Naib Presiden PKR mendapat 9,824 undi.

Keputusan tidak rasmi yang dipaparkan menerusi laman sesawang itu turut menyaksikan Mohamed Azmin menang di 14 cabang iaitu Keningau, Libaran, Sepanggar, Sandakan, Beaufort, Tawau, Kalabakan, Kudat, Putatan, Papar, Ranau, Tenom, Beluran, dan Silam.

Mohd Rafizi pula menang di 11 cabang iaitu Kota Marudu, Tuaran, Batu Sapi, Kota Kinabalu, Sipitang, Kota Belud, Penampang, Kimanis, Pensiangan, Kinabatangan, dan Semporna.

Dalam kenyataannya menerusi laman sesawang itu juga, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) 2018 Datuk Rashid Din dipetik sebagai berkata JPP hanya akan memuktamadkan keputusan bagi kesemua 25 cabang di Sabah yang menjalankan proses pengundian itu setelah Peti Undi Ragu dibuka. — Bernama
MR : Agaknya selepas pemilihan apa jadi salah seorang daripada mereka


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Sakit??!! Kenapa Kita Masih Sakit?!

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Kalau Rasputin tewas maka berkuburlah angan2 nak tawan pantai timur pada PRU15. Sob, sob.

    BalasPadam