Header Ads

ads header

Flash News

Petronas umum tiada kenaikan harga penghantaran gas


KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Bhd hari ini mengumumkan tidak akan ada kenaikan harga bagi perkhidmatan Gas Petronas Home Delivery (GPHD) manakala caj penghantaran kekal pada harga yang sama.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan umum dan kebimbangan pelarasan harga caj penghantaran, kata syarikat tersebut dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Petronas Dagangan mengumumkan caj penghantaran akan disemak semula sejajar dengan kadar pasaran daripada RM3.20 bagi silinder 12 kilogram dan 14 kilogram sebelum ini kepada RM8.20 bagi silinder 12 kilogram dan RM8.40 bagi silinder 14 kilogram.

Penetapan harga semasa di laman web GPHD menyenaraikan RM25.80 bagi silinder 12 kilogram dan RM29.80 bagi silinder 14 kilogram untuk wilayah tengah, manakala harga bagi wilayah selatan, timur dan utara bagi 2 silinder itu masing-masing pada RM25.20 dan RM29.

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Lok Lak dalam hal kos penghantaran gas satu hal. Hal lain ialah kenapa stesyen minyak Syarikat PetrolNasionalini hanya ada satu jenama air mineral saja dan ianya bukan baru tapi sejak dari pak kaduk lagi. Putrajaya dan ubah, monopoli juga harus diubah.

    BalasPadam