Header Ads

ads header

Flash News

RM1,000 terlalu kecil untuk bayar PTPTN, kata aktivis


PETALING JAYA: Bekas aktivis pelajar menggesa kerajaan menyemak semula Belanjawan 2019 selepas ia mengumumkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kena membayar balik pinjaman pada gaji RM1,000 sebulan.

Adam Adli Abd Halim berkata tahap tersebut tidak wajar kerana gaji RM1,000 terlalu kecil ketika ini.

“Apatah lagi kerajaan sendiri menggariskan gaji minimum RM1,100 menjelang 2019, maknanya kerajaan sedar RM1,000 bukan pendapatan yang sesuai untuk seorang graduan.

Beliau menggesa kerajaan mengambil sikap lebih lunak dan mengkaji balik cadangan asal iaitu pembayaran balik pinjaman PTPTN bermula pada gaji RM4,000 sebulan.

“Cadangan sebelum ini lebih baik,” katanya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mengumumkan peminjam berpendapatan lebih RM1,000 sebulan perlu membayar balik pinjaman dengan cara potongan gaji antara 2% hingga 15%.

Kerajaan juga menyediakan pelepasan cukai kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja bagi tahun berakhir 2019.

Lim berkata langkah itu akan memastikan PTPTN kekal dan mampan.

Lim berkata keputusan itu bagi memastikan PTPTN terus kekal dan mampan, selain turut menyediakan pelepasan cukai kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja bagi tahun berakhir 2019.

Sebelum ini, peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 12 bulan tamat pengajian walau apapun status pekerjaan dan gaji mereka.

Adam menggesa kerajaan memberi penjelasan kepada peminjam PTPTN tentang perubahan drastik ini supaya rakyat dapat melihat prinsip sebenar kerajaan dalam soal pembiayaan pendidikan.

“Sekiranya kadar RM1,000 itu mengikut konteks semasa, kita juga wajar bertanya kepada kerajaan bila mereka mampu untuk laksanakan pengecualian macam yang sebelum ini dicadangkan RM4,000 dan termasuk ke arah memberikan pendidikan percuma,” katanya lagi.

Manifesto PH dalam kempen pilihan raya umum lalu berjanji graduan berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan boleh membuat penangguhan bayaran balik pinjaman.

Selepas kerajaan terbentuk, Menteri Pendidikan Maszlee Malik menggesa peminjam membayar balik pinjaman mereka manakala Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata sikap tidak amanah peminjam punca jumlah tunggakan hutang menjangkau sehingga RM36 bilion.

“Tidak perlu terkejut sangatlah, biasalah janji politik,” kata Adam. “Kita tidak boleh harap sangat dan jangan kita berpaut pada janji yang sedemikian rupa.”
MR : PH berbelit-belit pasal PTPTN....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan