Header Ads

ads header

Flash News

Ular sawa dikirim dari Gopeng ke USM guna Pos Laju


PETALING JAYA: Seorang kakitangan Pos Laju dikejutkan dengan sebuah bungkusan yang tertera 'but bola' tetapi isi di dalamnya bergerak-gerak.

Bungkusan seberat hampir 2 kilogram itu dialamatkan ke blok kediaman di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Difahamkan beberapa kakitangan Pos Malaysia telah membuka bungkusan berkenaan dan terkejut apabila mendapati isi kandungannya merupakan seekor ular sawa batik.

Berdasarkan 'tracking number' yang disemak melalui laman web Pos Laju, bungkusan itu dihantar pengirimnya menerusi serahan di kaunter di Pejabat Pos Mambang Diawan, Kampar, Perak pada petang 8 November lalu.

Bungkusan tersebut tiba di Pos Laju Kepala Batas, Pulau Pinang pada 9 November sebelum dihantar semula ke Cawangan Serahan Sungai Buloh kerana didapati melanggar peraturan yang ditetapkan.



'Tracking number' bungkusan tersebut.

Jurucakap Pos Malaysia ketika dihubungi mStar Online menyifatkan tindakan tersebut sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Malah, katanya tindakan tersebut berisiko menyebabkan ancaman keselamatan petugas Pos Malaysia dan orang awam selain menjejaskan operasi syarikat.

Beliau berkata, Pos Malaysia maklum mengenai hantaran tular di laman media sosial yang memaparkan beberapa keping gambar bungkusan Pos Laju berlabel 'but bola'.

"Pos Malaysia menegaskan bahawa perbuatan mengirim bungkusan yang mengandungi haiwan, termasuklah serangga, telur, larva, burung dan gading, adalah dilarang sama sekali," katanya.

Tambah beliau lagi, penghantaran sebarang barangan larangan sekiranya diketahui kakitangan akan ditolak penerimaannya atau, jika dikesan dalam perjalanan, akan ditahan.

"Barangan itu akan diuruskan dalam apa jua cara yang difikirkan wajar oleh Pos Malaysia dan dalam sesetengah kes, pengirimnya boleh didakwa di mahkamah," katanya.



Bungkusan tersebut dibalut rapi.

Susulan itu, beliau menggesa orang ramai untuk membuat pertanyaan di pejabat pos atau cawangan Pos Laju bagi mengetahui sama ada pengiriman sesuatu barangan itu dibenarkan.

mStar Online berjaya menghubungi penerima bungkusan tersebut petang Isnin.

Individu itu mengesahkan dirinya sebagai penerima bungkusan berkenaan.

Namun dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

MR :  Selepas pos dadah pula


Iklan Teks (hanya RM20 sebulan):
 Sistem Mudah Untuk Anda Menjana Pendapatan Online Secara Sambilan
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 BERMINAT MENCARI pendapatan tambahan dan ingin menggunakan simkad terbaru?Boleh layari onlinekerjaya.com/9867 untuk maklumat lanjut

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. salah address patut pada office kerajaan sesuai dengan sifat belit sabelum makan mangsa {rakyat}.

    BalasPadam
  2. Sebenarnya belitan pakatan ular roket lebih merbahaya dari belitan seekor ular sawa dalam sebuah bungkusan pos laju sebab u-turn, auta dan putarbelit pakatan ular roket adalah lebih dahsyat !!! Rakyat jadi mangsa kena kencing hancing !

    BalasPadam
  3. ALONG pun dah pandai buat iklan macam ni... haishhh

    BalasPadam