Header Ads

ads header

Flash News

Presiden Jaringan Melayu bebas dengan jaminan polis


SHAH ALAM: Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia Datuk Azwanddin Hamzah yang direman sejak Khamis lepas telah dibebaskan semalam dan polis telah menyerahkan kertas siasatan kepada pejabat timbalan pendakwaraya untuk tindakan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata Azwanddin dibebaskan tengah hari semalam dengan jaminan polis.

Polis sedang menunggu arahan seterusnya daripada pejabat timbalan pendakwaraya, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada Khamis lepas, Mahkamah Majistret Klang mengeluarkan perintah tahanan reman selama 4 hari terhadap Azwanddin bagi membantu siasatan menurut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Pada perhimpunan “Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moothy” anjuran Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) di Dataran Seni, Klang dekat sini Selasa lepas, Azwanddin dalam ucapannya mengeluarkan kenyataan provokasi antara lain mengugut untuk menyerang balai polis jika pihak yang terlibat dalam kematian Muhammad Adib Mohd Kassim tidak ditangkap.

Adib yang bertugas di balai bomba Subang Jaya meninggal dunia pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara, selepas bertarung nyawa kira-kira 3 minggu susulan kecederaan parah yang dialami akibat diserang kumpulan perusuh dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya bulan lepas.

Sementara itu, peguam Azwanddin, Datuk Imran Tamrin ketika dihubungi berkata anak guamnya dibebaskan semalam pada kira-kira 1.15 tengah hari di Ibu Pejabat Polis Klang Utara.

“Kini kami masih menunggu arahan lanjut daripada pihak berkuasa berhubung kes melibatkan Azwanddin,” katanya.

MR :  Perlu ada juga yang agresif dan biadap bertindak.. sekurang-kurang tahu cara kerajaan PH bertindak


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan