Header Ads

ads header

Flash News

Amanah bidas Adun PKR persoal dasar kebudayaan kebangsaan


PETALING JAYA: Amanah Perak hari ini membidas kenyataan seorang Adun PKR yang didakwa menyifatkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 ketinggalan zaman.

Naib Pengerusi Muhaimin Sulam mengkritik kenyataan Adun Bukit Tengah, Gooi Hsiao Leung sebagai “dangkal”, “sesat” dan “prejudis” dan menganggap dasar tersebut masih relevan dan tidak lapuk.

“Dasar tersebut haruslah difahami latar belakang sejarah dan proses pembinaannya. Meskipun lebih 4 dekad berlalu dan perubahan banyak berlaku, pembinaan negara bangsa Malaysia yang diimpikan masih jauh tercapai,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Semalam, Malaysiakini melaporkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata penggubalan Dasar Kebudayaan Negara baru akan mengambil kira saranan hasil kajian Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971.

Gooi dilapor berkata saranan itu “ketinggalan zaman” dan “berfikiran sempit”, kerana dasar yang diperkenalkan selepas tragedi 13 Mei 1969, digubal berdasarkan 3 prinsip iaitu, budaya kebangsaan mesti berdasarkan budaya Melayu; unsur-unsur yang sesuai budaya lain boleh diterima sebagai sebahagian budaya kebangsaan; dan Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Amanah Perak menegaskan sebarang perubahan pada dasar itu tidak boleh menggadaikan 3 prinsip tersebut.

“Jangan keghairahan menerajui kerajaan baru, segalanya hendak diubah, dipinda dan dibuang,” kata Muhaimin.

“Hentikan kerja-kerja sia dan fokus kepada penyelesaian masalah utama rakyat sekarang.”

Sementara itu, Gooi ketika dihubungi enggan membalas kenyataan Muhaimin, yang dianggap seperti seorang “kawan”.

“Saya tak nak komen. Itu pandangan dia. Dia berhak memberi pandangan dia,” katanya.






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Baru tahu kawan sebenarnya siapa .

    BalasPadam
  2. Agenda & matlamat YB2 Non muslim dlm PH = semua YB2 dlm DAP non muslim & muslim...

    BalasPadam