Header Ads

ads header

Flash News

Kenyataan Media Presiden Pas - Keputusan PRK Cameron Highlands


1. Syukur kepada Allah dengan hidayah-Nya yang memberi petunjuk kepada pengundi untuk memilih calon beragama Islam bagi mewakili rakyat dan masyarakat majmuk di Parlimen Cameron Highlands.

2. PAS mengucapkan tahniah di atas kemenangan calon BN dengan majoriti yang lebih besar dalam PRK Cameron Highlands, dan melihat keputusan ini sebagai perkembangan positif ke arah kerjasama blok pembangkang yang lebih baik.

3. Kekalahan DAP dan PH dalam PRK ini menjadi isyarat penolakan rakyat terhadap kegagalan PH dalam menunaikan janji mereka, di samping menjadi petanda rakyat menolak budaya politik melampau yang dibawa oleh DAP.

4. Setinggi penghargaan diucapkan kepada ahli dan jentera PAS dari seluruh negeri dan negara yang turut membantu dalam kempen PRK Cameron Highlands ini.

5. Kepada Tuan Ramli Mohd Nor, semoga beliau dapat membawa suara pembela agama, bangsa dan negara dengan sebaiknya di Parlimen.

“Islam Memimpin”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 20 Jamadilawal 1440H / 26 Januari 2019M






Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan: