Header Ads

ads header

Flash News

Mengapa takut umum status ECRL?


SAYA telah mengeluarkan kenyataan pada 23 Januari lalu berhubung pertanyaan mengenai status terkini ECRL.

Kenyataan saya dibuat ekoran dua agensi media telah melaporkan pembatalan projek ECRL iaitu The Edge (18 Januari) dan The Straits Times Singapore (21 Januari). Walhal, tiada satu pengumuman rasmi dibuat oleh kerajaan dalam tempoh tersebut.

Kemudian pada 26 Januari, YB Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan kerajaan telah membatalkan projek ECRL kerana tidak mampu untuk menanggung kadar bunga tahunan yang mencecah RM500 juta setahun.

Kenyataan beliau telah mengejutkan beberapa Menteri Kewangan dan YAB Timbalan Perdana Menteri. Persoalannya, bagaimana keadaan caca merba ini boleh berlaku.

Mengapa pihak kerajaan masih belum mengumumkan keputusan rasmi berhubung status terkini projek ECRL? Apa perkara yang cuba diselindungkan oleh Jemaah Menteri? Siapa sebenarnya menteri yang bertanggungjawab ke atas projek ECRL?

Perkara penting seperti ini menggambarkan kelemahan ketara pihak kerajaan dalam mentadbir negara.

Saya mendesak pihak kerajaan segera membentangkan status terkini projek ECRL termasuk ganti rugi yang telah dibayar ekoran penangguhan projek yang telah dibuat sejak Julai 2018.

Saya juga meminta siapakah pihak yang membocorkan maklumat penting projek ECRL kepada pihak media sebelum perkara ini dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu lalu?

YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM

Ahli Parlimen Kuala Terengganu
22 Jamadil Awwal 1440 | 28 Januari 2019 – HARAKAHDAILY 28/1/2019




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 MENCARI SESIAPA yang berminat niaga di shopee peluang raih pendapatan rm lumayan setiap hari lawati bit.ly/2A86ypP
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Kerajaan PH cakap banyak bercanggah dari mula ambil kuasa sampai hari ini tak ada hala tuju .Kalau gini gaya negara huruhara .

    BalasPadam