Header Ads

ads header

Flash News

Audio Nik Abduh lebih pada 'perbincangan ilmu' – Hadi


Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyifatkan rakaman suara kontroversi anggota parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebagai “perbincangan akademik”.

“Saya tak ada rakaman itu tapi saya dimaklumkan ia lebih kepada perbincangan ilmu, akademik, boleh (atau) tak boleh kira terima bantuan orang ini.

“(Contohnya) macam orang berniaga kedai runcit, bila orang datang kedai dia, tak wajib dia tanya duit mana awak ambil ini nak beli barang saya,” kata Abdul Hadi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Majlis Ramah Mesra bersama komunti PAKR Sungai Kerak, Marang, malam tadi, selepas ditanya pemberita.

Abdul Hadi juga berkata, ia juga seperti derma kepada PAS yang tidak tahu daripada mananya ia datang.

“Yang kita PAS kita beri nombor akaun, banyak orang derma, termasuk ketika PRU baru-baru ini termasuk orang cina bukan Islam, kita tak tanya parti politik dia.

“PAS dapat sumbangan orang ramai dan kita beri segala kenyataan termasuk isu RM90 juta, setiausaha agung turut bagi kenyataan untuk siasatan,” katanya.

Semalam Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengesahkan rakaman audio berkaitan dakwaan dana daripada Umno merupakan suara Nik Mohamad Abduh.

Isu rakaman suara itu kembali timbul selepas Abdul Hadi menyelesaikan di luar mahkamah samannya terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brow 2 Februari lalu.

Menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Nik Abduh berkata rakaman audio itu bukan suaranya.

Mengulas lanjut, Hadi berkata kenyataan itu dibuat sendiri oleh Nik Abduh, dan bukan dirinya.

“Nik Abduh sendiri (yang cakap), bukan saya, terpulang pada Nik Abduhlah. Mungkin orang lain menafikan, tapi Nik Abduh tahulah dia cakap.

“Saya dimaklumkan (rakaman) itu tak terkait RM90 juta, apa lagi tuduhan itu PAS terima 90 juta daripada Umno, daripada 1MDB,” katanya.


MR :  jika ada individu UMNO nak derma kepada PASTI PAS, takkan tak terima bodoh namanya... Takkan terima salah seperti hujah pimpinan AMANAH.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Dari awal cakap begini kan elok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semasa itu hampir PRU, maslahap politik (fekah politik) untuk perjuangan Islam tidak mengizinkan kerana fitnah lebih besar

      Padam