Header Ads

ads header

Flash News

Kecederaan Adib mungkin bukan disebabkan serangan pendapat Doktor


Doktor kanan sebuah hospital swasta yang merawat allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dalam keterangan hari ini berkata kecederaan yang dialami anggota bomba itu mungkin bukan diakibatkan oleh serangan.

Perunding Kardiotorasik Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) Dr Anand Sachithanandan bagaimanapun berkata antara beberapa kecederaan di bahagian sebelah kanan dada itu, berkemungkinan akibat kemalangan, jatuh dari tempat tinggi, libasan atau rempuhan.

"Sebenarnya dia mengalami trauma tumpul pada bahagian dada, dan mekanisma yang mungkin membawa kepada kecederaan, mungkin akibat kemalangan, jatuh dari tempat tinggi, libasan dan rempuhan,” kata doktor itu.

Beliau berkata demikian semasa ditanya oleh Timbalan Pendakwaraya (TPR) Zhafran Rahim Hamzah, yang juga pegawai yang menjalankan inkues berhubung kematian Muhammad Adib.

Zhafran: Boleh anda bezakan sama ada dia diserang atau dilanggar?

Dr Anand: Mustahil untuk menyatakannya dengan tepat.

"Saya dapati agak luarbiasa.. biasanya terdapat luka akibat mempertahankan diri, tapi ia tidak kelihatan di sini," katanya.

Pindah ke IJN

Dr Anand juga berkata SJMC memutuskan untuk memindahkan Muhammad Adib ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana mereka tidak mempunyai mesin yang boleh merawat kecederaan paru-paru.

“Kami berkongsi penemuan-penemuan kami dan memberikan maklumat kepada doktor di IJN berhubung laporan imbasan,” katanya.

Semasa ditanya TPR Fatin Haidini Khairuddin sama beliau melihat sebarang kesan lebam di bahagian dada anggota bomba itu, beliau berkata: “Tidak”.

"Sepanjang pengetahuan saya, tidak… fokus utama saya adalah kepada kecederaan dada,” katanya.

Muhammad Adib, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara.

Inkues di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung Isnin.

- Bernama



MR :  Selepas ini jangan hairan Adib pukul dirinya sendiri.... takkan kita tak ingat Anwar lebam mata sendiri?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Jika ular hitam buat kenyataan, maka sudah pasti kenyataan putar belit ular hitam cenderung untuk berpihak kepada spesies ular hitam juga. Nak kencing pun agak-agaklah !

    Fakta: Seseorang boleh mengalami trauma tumpul pada bahagian dada yang disebabkan oleh tapak kasut (objek tumpul), penumbuk (objek tumpul), kayu (objek tumpul), batang besi (objek tumpul) dll. Semua objek tumpul ini boleh menyebabkan kecederaan parah pada sesorang mangsa.

    BalasPadam
  2. Setuju dengan admin kita akan dengar daripada botol kicap ni Adib memukul dirinya sendiri

    BalasPadam