Header Ads

ads header

Flash News

Kes Najib Razak Di Mahkamah Semakin Kalut. Peguam Negara Bertambah Kalut


Kes DS Najib Razak di Mahkamah semakin kalut sehari dua ini, apabila Peguam Negara (AG), Tommy Thomas menarik balik 3 pertuduhan daripada Mahkamah Tinggi (High Court) terhadap Najib Razak.

3 pertuduhan tersebut berkenaan dengan Kes membabitkan SRC International Berhad melibatkan RM47 juta ringgit, ditarik balik pada hari Khamis, 7hb. Februari 2019.

Sehari selepas itu, Jumaat 8hb. Februari, AG Tommy Thomas mengemukakan 3 pertuduhan yang sama di Mahkamah Session (Session Court), dibawah Section 4 (1) (a), of the 2001 Anti-Money Laundering & Anti-Terrorism Financing Act.

Kes ini akan didengar semula pada 8hb. Mac hadapan.

Kes Mahkamah Najib ini semakin kalut kerana AG Tommy Thomas telah tersilap, membawa 3 pertuduhan tersebut terus ke High Court tanpa kes-kes ini didengar dahulu di Session Court.

AG sepatutnya memohon perintah Mahkamah untuk memindahkan kes-kes tersebut ke High Court.

Hari ini, seluruh Badan Perundangan dapat melihat dengan jelas betapa kalutnya AG Tommy Thomas dan Pejabat Peguam Negara mengendalikan kes-kes Najib Razak ini.

Kesilapan fundemental dan penting seumpama ini tidak pernah berlaku didalam sejarah perundangan negara.

Kini, jumlah pertuduhan terhadap Najib Razak kekal 42 pertuduhan.

Manakala, wang jaminan Najib setakat hari ini, berjumlah RM6 juta ringgit.

KERAJAAN PAKATAN HARAPAN BERTERUSAN MENGHADAPI KRISIS DEMI KRISIS.

Salam.
DSBA.
9 Februari 2019.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan