Header Ads

ads header

Flash News

Kewajipan Menyokong Produk Muslim

1. Antara tindakan terawal yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ dalam membangunkan Negara Islam Madinah adalah dengan membina pasar perniagaan bagi orang-orang Muslim. Ketika itu ekonomi Madinah dikuasai oleh Yahudi.

2. Pasar Yahudi Bani Qainuqa’ telah menjadi tumpuan aktiviti perdagangan ketika itu. Namun, amalan perniagaan Yahudi tidak selari dengan prinsip Islam. Mereka terkenal dengan konsep riba yang dianjurkan dalam transaksi jual beli mereka sehingga hari ini. Malah di pasar inilah seorang wanita Muslimah telah diganggu kehormatannya.

3. Bagi memecahkan monopoli penguasaan Yahudi terhadap ekonomi Madinah, Rasulullah ﷺ membangunkan pasar buat muslim sebagai pusat perdagangan kaum Muslimin di Madinah.

Tindakan Bagindaﷺ ini menimbulkan kemarahan Yahudi lalu mereka menghantar Kaab Bin Asyraf, seorang pembesar Yahudi. Kaab datang lalu merobohkan khemah perniagaan yang dibangunkan oleh Baginda Nabi.

4. Bertegas dengan tindakan Kaab yang merobohkan khemah perdagangan pasar kaum Muslimin, Rasulullah ﷺ menegaskan:

لا جرم لأنقلنّها إلى موضع هو أغيظ له من هذا

“Baiklah, kita akan bina pasar yang lebih dimarahi (yang lebih dibimbangi oleh Yahudi) daripada ini!” (al-Samhudi, Wafa al-Wafa’, 2/257)

5. Menurut riwayat Ibn Usayd, seorang sahabat mencadangkan tapak yang lebih luas untuk pasar Muslim. Bahkan menurut riwayat Ibn Syabah, Rasulullah ﷺsendiri yang menyumbang ke arah pembangunan pusat perdagangan Muslim. Kata beliau:

أن رسول الله صلّى الله عليه وسلّم تصدق على المسلمين بأسواقهم

“Sesungguhnya Rasulullah sendiri menyumbang (melaburkan wang kepada pembangunan) pasar-pasar perdagangan kaum Muslim.” (al-Samhudi, Wafa al-Wafa’, 2/257)

6. Tindakan Rasulullah ﷺ ini dilihat sebagai usaha bagi membantu ekonomi Muslim. Baginda bahkan menjalankan dasar-dasar baharu bagi menggalakkan kaum Muslimin supaya menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan pertanian.

6. Saidina Uthman juga dikatakan melaburkan sejumlah wang yang banyak bagi membeli “Telaga Rumah,” iaitu salah satu telaga yang menjadi punca air di Madinah. Ini semua adalah bagi menjaga kepentingan sumber dan ekonomi orang Islam. (al-Bukhari, Bab fi al-Syurb, 3/109)

7. Kesannya, ekonomi Madinah yang sebelum itu dimonopoli oleh Yahudi berjaya dipecahkan. Kaum Muslim bersatu dalam membangun dan menyokong ekonomi orang Islam.

8. Begitulah juga keadaan pada hari ini. Kaum Muslim disarankan agar membantu dalam usaha membangunkan dan menyokong produk Muslim. Dalam masa yang sama, peniaga Muslim juga wajib menjaga kualiti produk mereka disamping mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Mari sokong produk Muslim.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi


MR :  Satu tindakan bijak beli produk muslim 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Mohon pakat agresif menerusi pelbagai media kempen beli barangan keluaran muslim.Gerakkan usaha,tambahkan pahala secara mudah

    BalasPadam