Header Ads

ads header

Flash News

Maszlee, kenapa halang Najib ke UKM ― Praba Ganesan


25 FEBRUARI ― Keputusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menolak kehadiran rasmi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di kampus induk Bangi pada 22 Februari sangat dikesali.

Memang disyaki langkah membatalkan lawatan Najib adalah kerana beliau sekarang bergelar pembangkang pada masa ini.

Kalau lawatan ini berlaku setahun dahulu, semasa Barisan Nasional masih berkuasa, UKM pasti sudah mengalu-alukan kehadiran Najib dengan penyertaan penuh kepimpinan universiti.

Oleh kerana itu, Menteri Pelajaran Maszlee Malik perlu mengambil peluang ini untuk menawarkan pencerahan berkenaan posisi kerajaan Malaysia berhubung universiti-universiti awam dalam dua perkara berikut:

a) Boleh atau tidak ahli-ahli politik selain daripada Pakatan Harapan bebas menghadiri majlis-majlis di mana-mana kampus apabila dijemput oleh persatuan-persatuan pelajar

b) Boleh atau tidak perbincangan politik secara terbuka dianjurkan dalam kampus-kampus melalui program-program forum, debat dan kaji selidik?

Jawapan menteri boleh memberi keselesaan kepada pentadbir-pentadbir universiti apabila mereka menghadapi jemputan-jemputan sebegini dalam masa akan datang dan juga memaklumkan kepada 1.4 juta pelajar menara gading di Malaysia apakah sebenarnya keluasan ruang politik yang boleh diluluskan dalam kampus mereka.

Kuasa juga meneliti yang ramai pejuang hak-hak asasi dan kebebasan bersuara kurang mengambil tahu tentang perkembangan ini.

Sebelum ini, sewaktu pentadbiran Barisan Nasional/Umno, setiap kali ahli-ahli politik Pakatan dilarang masuk kampus, hampir semua NGO-NGO memperjuangkan hak-hak demokrasi mengutuk kerajaan kerana enggan bertolak-ansur.

Malangnya, kini apabila layanan buruk diterima oleh ahli-ahli politik bukan dari Pakatan tiada sokongan daripada masyarakat sivil.

Namun, perkara paling penting untuk masa ini adalah jawapan daripada menteri pelajaran.

Penerangan daripada Maszlee akan memberitahu sejauh mana keterbukaan politik wujud dalam Malaysia Baharu.
Praba Ganesan
ketua eksekutif Kuasa







Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan