Header Ads

ads header

Flash News

PM: Laluan sukar Anwar


KUALA LUMPUR 15 Feb. - Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melalui ‘jalan sukar’ untuk mengambil tampuk kepemimpinan negara daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Setiausaha Otai Reformis 1998, Abdul Razak Ismail berkata, tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menerima kemasukan enam bekas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dua hari lalu merupakan isyarat bahawa Anwar tidak akan melalui jalan mudah untuk menjadi Perdana Menteri seperti dijanjikan.

“Kita jangka lebih ramai ahli Parlimen BN lompat ke Bersatu dalam masa terdekat. Dan Bersatu

dengan sokongan parti dari Sarawak dan Sabah akan jadi parti dominan dalam Pakatan Harapan (PH).

“Jadi peluang Anwar agak ‘sukar’ untuk jadi Perdana Menteri kelapan sekiranya ini berlaku.

“Dr. Mahathir pula kelihatan semakin demanding (menuntut), ugut untuk tukar parti lain sekiranya parti dalam PH belot,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Razak berkata, apa yang lebih membimbangkan adalah sokongan dalam PKR terhadap Anwar sendiri yang kini sudah ‘terbelah dua’.

Katanya, keba­nyakan kepemimpinan PKR dan DAP tidak bersetuju Bersatu terima enam ahli Parlimen BN kecuali Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Mohamed Azmin kelihatan condong kepada Dr. Mahathir malah nyatakan sokongan enam ahli Parlimen BN yang melompat itu.

“Mohamed Azmin juga kelihatan mendapat sokongan ramai ahli Parlimen dan kepemimpinan parti dalam PKR sendiri,” katanya.

ABDUL RAZAK ISMAIL


MR :  Bukan sukar gelap terus!!


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
 Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Apalah sangat jawatan PM kalau bangsa sendiri tak boleh nak bela .

    BalasPadam